Wednesday, June 25, 2014

Kek Buah Kukus Sedap....



Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua...disebabkan ramai yg pm bertanyakan resepi kek buah kukus ni lepas Liza upload kat fb, jadi di sini dan pada masa ini, Liza sharekan resepinya sekali lg ye...

Resepi asal kek buah ni dr buku chef Zubaidah Che Pa dan dikongsikan oleh rakan Liza Sheila.ramai jugak yg Liza tgk dah cuba resepi ni dan rata2nya memberikan feed back yg bagus..terima kasih pada semua yg memanjangkan resepi ni, macam Kak Yati, Madihaa dan Azie...dan ramai lagi..




RESEPI KEK BUAH KUKUS

Bhn2:

225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir - Liza guna 200gm je
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)- guna saiz A jugak
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar - xletak
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 

Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.


Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" ( Liza guna Loyang 9 inci) yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

 

 
 
 

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


 

2 comments:

Shiela said...

cantek kejadiannya liza..

cheq da said...

Sedang tercari2 resepi nk buat kek buah ni masa raya..nti nk cuba la kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...