Friday, November 22, 2013

Laksam Special...




Assalamualaikum wbt dan salam di hari Jumaat 19 Muharam 1434H...laksam, oh my peberet...tgk gambar ni pun dah rasa nak makan...huhhh parah betul la..

Liza masih gunakan resepi yg sama dan cara yg sama utk laksam ni, cuma yg menjadikan dia special sbb Liza tambahkan serunding dgg..kalau sesape yg nak tau kesedapan laksam ni, try lah mkn dgn serunding, kompem bertambah2...perghhhh



RESEPI LAKSAM HOMEMADE SPECIAL

Bhn2:

BHN2 LAKSAM :4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Sdkt minyak

- cara2 buat laksam blh tgk link kat atas yer..


BHN2 KUAH :

10 ekor ikan sardin / kembong - rebus dan ambil isinya
15 ulas bwg merah
2 inci halia
2 s/t serbuk lada hitam
2 biji santan kelapa
Garam
Gula, srbk perasa

- kisar halus ikan rebus, bwg merah, halia bersama sedikit santan.
- masukkan ke dlm periuk, masukkan lebihan sntan dan serbuk lada hitam.
- masak dgn api sederhana,masukkan garam, gula dan srbk perasa.
- biar hingga didihdan tutup api.

#kuah laksam ni perlu sentiasa dikacau utk mendapatkan kuah yg cantik dan tidak berketul2..#



BHN2 SAMPINGAN:Timun - hiris halus memanjang
Bunga kantan - hiris halus
Daun kesum - hiris nipis
Kcg panjang - hiris nipis
Taugeh
Sambal - lada kering / cili api + garam (tumbuk hingga lumat).




3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...cer anto kat UJ sepinggan....meleleh air liur bila nmpk Liza tayang laksam..aduhaiiii

mala said...

tak pernah makan lak dgn serunding.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Liza.

Liza asal dari mana yer. Pandai makan laksam dgn serunding. Di sini mmg ada dijual laksam yg letak serunding mcm ni. Mmg best.. satu kelainan dr biasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...