Ni la peberet hubby, tiap2 tahun mst kena buat, kalau tak raya pun Liza akan buat kalau rajin...hihihi
Kali ni Liza try buat guna resepi dr dapur Noor Masri, mmg tak menghampakan, lembut dan gebu...hubby suka sgt..thnx ye Noor..
RESEPI TAT GULUNG NENAS
Bhn2: ( 180 biji )
1 kg tepung gandum
625g mentega (2 1/2 buku mentega)
4 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam halus
15g gula halus-optional
1 sudu teh esen vanilla
1 kg jem nenas
Sapuan:
1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sk air-kacau sebati
Cara membuat:
1.Campurkan kuning telur,putih telur,garam,esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk
kecil.Pukul sedikit.
2.Dalam mangkuk besar,gaulkan mentega,gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.
3.Kemudian masukkan campuran telur tadi.Gaul sebati.Masukkan dalam acuan tat gulung,picit
dan letakkan jem.Kemudian gulung.
4.Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 20 minit atau
sehingga masak.(suhu dan masak bergantung pada jenis oven)
*Jika adunan keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi marjerin/mentega
sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.
1 comment:
Assalam Liza, akak tahun ni baru first time buat tart nenas yang selalu orang buat dan makan dengan penuh perasaan sebab nak ikutkan akak memang tak suka tart..tapi tahun ni entah apa angin nak buat & makan pulak..hehe
selamat hari raya maaf zahir batin ya..:)
Post a Comment