Monday, August 26, 2013

Apam Sua / Puri / Tokyo....


Kuih ni katanya mmg biasa jual kat Kelantan, tp jujur mmg Liza tak pernah tgk dan makan kuih ni..mgkn jugak sbb hayat dok kat sana singkat sgt, tak sempat nak berkenal kenalan dgn kuih muih tradisi kat sana...hihihi

Hari tu adik Liza datang rumah dan dia tanya pasal kuih ni( rasa2nya la), dia ngn hubby beria2 menggambarkan rupa bentuk kuih ni pada Liza, so Liza agak2 sendiri mcm ni la bntk dia kan...ni pun kes terjumpa resepi kuih ni kat fb Ibu Zai..terima kasih ye

Disebabkan mmg tak pernah kenal kuih ni, jadi kejadian dia tak berapa cantik, takpe la kan...


RESEPI KUIH APAM SUA/ PURI/TOKYO 1

Bhn2:

Kulitnya:

2 cawan tpg gandum
1 biji telur1 paket yis
4 c/t gula
2 cawan air
Sedikit garam
Pewarna kuning

- semua bhn diblendkan dan perap 5 minit shj..
Inti:

1 cawan gandum
2 c/b tepung kastad
1 cawan gula
3 cawan air
Pewarna kuning
- kacau semua bhn atas api sederhana hingga likat..





Boleh jugak kalau nak gunakan resepi dr Norhayati Salleh, Liza mintak izin share resepi kat sini ye, tq..

RESEPI APAM SUA 2 :
Bhn2 kulit:

2 cwn tepung gandum
2 cwn air
1 cwn susu kotak / santan / susu cair
1 sdt yis
4 sdb gula
1/2 sdk garam
1 sdt eno

Inti:
1 cwn tpg kastard
4 cwn susu/ santan ( sy gn susu kotak)
1/2 sdk grm
3 sdb gula

Cara2:
Untuk kulit: Satukan tepung, air, gula , secubit garam dan santan ke dalam satu bekas.Kacau dengan whisk hingga larut kesemuanya, masukkan yis dan kacau lagi lagi hingga betul-betul larut. Selepas itu rehatkan adunan tadi selama 1 jam hingga adunan naik. Apabila adunan naik letakkan beberapa titik warna .. Selepas itu letakkan eno ke dalam adunan yang telah naik tadi dan kacau hingga buih pada adunan tadi mengecil.
Panaskan pan non-stick, letakkan sedikit majerin dan sendukkan 1 senduk kecil adunan tadi dan layangkan diatas pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama..letak inti lipat gn plastik..
Untuk inti: Campurkan ke semua bhn2 dan masak atas api yg kecil hingga pekat atau meletop2 kecil tutup api dn sejukkan..

4 comments:

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Liza...Selamat Hari Raya..

Sedapppnya kuih ni..lama betul tak makan...

Noor Amanie said...

Resepi yg mana yg sedap ye? 1 ke 2?

Noor Amanie said...

Resepi yg mana yg sedap ye? 1 ke 2?

zack said...

Yg 2 lg sdp sb ada santan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...