Thursday, October 26, 2017

Kerepek Popia Cheese Terlajak Sedap..






Sebenarnya dah lama anak2 minta suruh buatkan popia cheese ni tapi saka M besar sangat,hihii..tapi bila tgk fren Lina upload kat IG, maka hati meronta2 nak cuba buat..jadi dgn semangat membara g la beli nachos cheese powder. sedap yg amat...mmg makan tak hengat, yg penting nak buat pun senang je

Jom tgk resepi Lina kat bawah..









KEREPEK POPIA CHEESE TERLAJAK SEDAP

Bahan2:

1 paket kulit popia
Cheese powder secukupnya (terpulang nak letak banyak mana) Sedikit gula kastor
Sedikit serbuk cili
Minyak untuk menggoreng


Cara-Cara:

Kulit popia dipotong ikut suka potong ~nachos tu la(LiNa Pg potong ~2x2in)
Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Goreng secara berperingkat (sedikit demi sedikit hingga habis) Sejukkan sebentar
Ambil sebahagian dari gorengan kulit popia masukkan ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas).
Goncangkan/gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.
Terpulang nak letak banyak mana. Simpan kerepek popia cheese dalam balang



6 comments:

Puteri SSM said...

Guna cheese yg mcm mana ea?

Rizz Buzz said...

Serbuk cheese je

Unknown said...

cheese powder tu nak beli kat mane ye ?

Unknown said...

tq resepi.halalkan ye

Kak Fahh said...

Kat rakan ada jual sis

Hafiz Mohd said...

Cheese powder yg utk sauce cheese tu ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...