Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua...pekabar ye, semoga semuanya sihat dan selamat, insyaallah....ni dinner kitaorg mlm minggu hari tu, act ni la 1st time kitaorg mkn steamboat, hahahaha jakun kan...tak tau la apa mimpi cik hubby suruh buat steamboat sbb selama ni dia yg beria2 tak nak mkn..
So, utk tidak menghampakn harapan dan keinginan dia ( cewah ayat) , maka Liza pun cari la resepi yg rasa2 mcm best...dlm bnyak2 resepi tu Liza decide utk buat kuah tomyam, perghhh, walaupun kitaorg tak pernah mkn steamboat tp alhamdulillah la sbb steamboat ni menepati selera jakun kitaorg ni....ihihhihi
Resepi ni Liza amik dr dapur Kak Sofea, mmg best n tak nyesal la buat steamboat tomyam ni walaupun baru 1st time buat...anak2 n cik hubby pun dah request suruh buat lg....thnx ye Kak Sofea, Liza mintak izin share resepi kat sini pulak utk rujukan masa akan dtg dan jugak utk rakan2 yg mana nak cuba buat sndiri steamboat ni....lagiii jimat kan...gambar sayur ngn mihun lupa pulak nak snap, Liza cuma guna cendawan dgn sawi je..ni pun dah cukup bnyk bg kitaorg..alhamdulillah kenyang sgt...
RESEPI STEAMBOAT TOMYAM
Bahan-bahan: Liza xbuat
1/2 kilo daging ~hiris setebal 2cm- perap dgn 2 sb
minyak bijan, 1 sk lada sulah & 1 sb tepung jagung
1 ekor ayam ~ ambil isi shj hiris sama besar dgn
daging & perap spt daging~tulang buat sup
1/2 kilo udang sederhana besar~ buang kulit &
biar bhgn ekor shj-perap spt daging
3 ekor sotong kembang ~ potong & perap dgn 1 sk
lada sulah shj.
~semua bahan yg telah siap diperap - masukkan dlm peti
ais.
Sos cili merah:
10 tangkai cili merah
8 biji cili padi
1/2 inci halia
4 ulas bawang pth
Garam, gula
Air limau nipis / cuka
- blend semua hingga halus dan tumis.
- masukkan garam dan gula dan masak lg hingga betul2 pekat..
- masukkan air limau/ cuka, kacau dan tutup api.
Minyak Bawang:
10 ulas bwg merah - hiris halus/ cincang
5 ulas bwg pth - cincang
1/2 cawan minyak masak
- panaskan minyak dan grg bawang merah hingga kuning, angkat.
- guna minyak yg sama dan grg bawang pth hingga kuning.
- tuang semua ke dlm bekas tahan panas dan kacau..
Sup Ayam - Liza xbuat
2 rangka ayam ~ potong
4
2 kiub ayam
air secukupnya- setelah semua
masak tapis utk mengasingkan tulang2 ayam.
Sup Tom Yam
1 btg serai - Liza guna 3 btg
3 kiub tom yam - guna 4 btg
2 helai daun limau
purut - 5 helai
air secukupnya- setelah masak
buangkan serai dan daun limau purut.
2 cawan air rebusan ayam - Liza tambah, kalau xde guna air biase je semua..
Cara memasak bahan2
steamboat:
1- Kuah sup yg telah masak
dimasukkan dlm bekas steamboat ( kalau xde oleh guna rice cooker)
2- Bila mendidih masukkan 2 sudu
minyak bawang & dan bolehlah masukkan daging, ayam, udang sotong , semua
bebola dan sayur2 yg telah disediakan.
3- 3-4 minit dh siap utk dimakan.
Sedap dimakan bersama sos cili merah.
Cara memasak mee/bihun/kay
teow sup:
1- Bila semua bahan utama tadi
habis dimakan, tibalah utk menu terakhir.
2- Guna saki baki kuah dlm bekas
tadi + 1 sb minyak bawang & pecahkan 1 iji telur
3- Bila mendidih masukkan
mee dan sedikit sayur, tutup sebentar dan siap utk dihidang