Tuesday, August 28, 2012

Biskut Chocolate Chips Famous Amos ( Home Made)

Dah lama teringin nk buat biskut choc chips ni, akhirnya terlaksana jugak la raya kali ni...ni pun gara2 nk mencukupkan bekas sekut kat umah...hihihii, lagipun anak2 bersorak bila Liza cakap nk buat biskut choc chips ni...dalam bnyak2 resepi, pilih punya pilih maka terberkenanlah dgn resepi biskut ni...


Resepi ni hasil skodeng dr dapur Naz, dan resepi asal katanya Naz dapat dr dapur Fiza, thnx pada kalian berdua sbb biskut ni mmg best...Liza minta izin share resepi ni kat sini pulak ye, terima kasih daun keladi...



RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIPS FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain :

  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional


Cara-cara :

  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

 

9 comments:

Shikin said...

Salam. Mesti sedap famos amos home made ni kan. Anak-anak mesti suka ni. Puas hati bila tengok anak-anak makan hasil air tangan sendiri.

water lily said...

Assalam, Salam perkenalan dan kunjungan balas. Liza, saya nak kidnap resepi chocolate Chips ni, boleh ye ....

Asmara said...

sedap! buat sendiri lagi puas hati kan! :D

Mamasya said...
This comment has been removed by the author.
Mamasya said...

Slmt hari raya Aidilfitri buat Fiza sekeluarga.biskut choc chips...sedapnya ngunyah...kegemaran anak2..thn lepas ada jugak buat biskut ni tp thn ni tak sempat...

Mamasya said...

sorry Liza..typing error salah type nama Fiza pula...maaf ya..

Kasih Salina said...

Salam lebaran buat kak/liza..rajin nya dia buat biskut..bukan budak2 jer suka mkn chocolate chips,org dewasa pun suka makan..

dilabangiWORLD said...

tq kak liza atas resepi. dilla dah buat tadi...rangup sangat

Unknown said...

Salam..minta izin ambil resepinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...