Tuesday, March 31, 2015

Masak Asam Ikan Patin...


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...masak asam ni mmg peberet Liza ngn anak2, makan pulak ngn kuah banjir, lepas habis nasi, slurrppp hirup kuah...perghhh nikmat betul, hihii.




Takmo bebel panjang2, nak g amik anak sekolah pulak..jom tgk resepi turun temurun dr arwah ma ye...mmg sedap n insyaallah menepati selera..

RESEPI MASAK ASAM IKAN PATIN

Bhn2:

4 ekor ikan kerisi - potong 2 ( kali ni Liza guna patin)
5 ulas bwg merah *
1/2 inci halia *
1 1/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci lengkuas *
3 s/b cili mesin
Daun kesum
Asam keping
Air secukupnya
Garam, perasa

- tumbuk bhn2 bertanda * dan masukkan kedlm periuk, masukkan juga ikan, asam keping, cili mesin dan air secukupnya..
- masak hingga didih dan masukkan garam, perasa dan daun kesum.
- kuah ni mst ada rasa masam n pedas ye baru best, bila dah ada semua rasa tu, bolehlah angkat dan hidangkan..
- senang kan..






Monday, March 30, 2015

Tempahan...





                       Choc Indulgence Cheese Cake..






                     Kek Span Strawberry filling cocktail..



Berminat utk menempah kek bg sebarang majlis, blh WA Liza 0192113080..


Ayam Goreng Cili Kering...



Assalamualaikum wbt...lauk ni panas2 lagi ye, baru siap masak ni...sebenarnya bila keluarkan ayam pagi tadi, Liza mmg tak tau nak masak apa lagi..last2 teringatkan resepi Chef Amer dlm majalah Saji yg Liza beli ari tu..dalam resepi tu chef menggunakan sotong, tapi Liza ubah menggunakan ayam...cuma daun bawang Lzia tak letak sbb xde stok..ihihi


Bagi Liza, lauk ni lebih kurang rasanya dgn ayam masak gajus, cuma ada rasa pedas dari cili kering tu..ok jom kita tgk resepi kat bawah ye..





RESEPI AYAM GORENG CILI KERING

Bhn2:

4 keping dada ayam(asal guna sotong) - potong kecil
4 s/b minyak masak
3 ulas bwg putih - cincang
11/2 inci halia - hiris halus
10 tangkai cili kering - potong kasar
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
2 s/b sos tiram
1/2 s/bkicap cair - Liza skip
1/2 s/b kicap pekat
1/2 s/b sos ikan
1 s/b sos cili
1 s/k serbuk pati ayam - xde stok
4 s/b air
1/2 s/k tepung jagung - gaul bersama air di atas
5 tangkai daun bawang

- panaskan  minyak, tumis bwg putih, halia, bawang besar dan cili kering hingga naik bau..
- masuk ayam dan goreng sebentar..
- masukkan semua sos, perisa dan air..
- biarkan mendidih hingga agak kering..
- masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati.
- last masukkan gajus dan daun bawang, gaul sekejap dan angkat..
- taraaa, siap sudah






Tuesday, March 24, 2015

Daging Masak Jintan....


Sesekali tukar selera pulak kan..memang buntu bila piker nak masak ape hari ni, nal masak apa besok, fuhhh kadang tu rasa sakit kepala..last2 dok ulang lauk yg sama kan..hihii
Macam daging ni pun memang dah kehabisan idea nak masak, asyik2 kari, kurma, masak merah..dok ulang yg tu je la..sekali jalan kat umah Kak D5, bila tgk bhn2 semua dah ada kat umah, so on je la...lauk ni bagi Liza mmg sedap sgt, dah tak yah nak berkuah bagai dah, cukup segala rasa...ni selera masing2 la kan..





RESEPI DAGING MASAK JINTAN

Bhn2:

500g daging (di hiris nipis)
2 inci halia (dipotong panjang2 cam batang mancis)
1 biji bawang kuning (di potong memanjang)
1 batang serai (di titik)
10 biji cili api ( buang tangkai titikkan sebiji 2 mengikut kepedasan masing2)
2 ulas bawang putih ( di cincang halus)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit - skip
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air
minyak tuk menumis
Daun sup - Liza tambah





- pnaskan minyak, tumis halia,bwg besar,bwng putih, serai, cili api hingga naik bau..
- Kemudian masukkan daging, jintan putih n jintan manis dan masak hingga daging agak garing.
- masuk air, sos tiram,gula,garam dan kicap..masak hingga daging empuk dan kuah kering..
- akhir sekali masukkan lada hitam dan daun sup,kacau sebati..
- tutup api,sedia utk di mamam..
- senang kan

Kek Puding Gula Hangus...





Assalamualaikum wbt...lama betul rasanya tak buat kek puding caramel ni utk family...tetiba hari tu mood rajin datang sekejap, tu yang menjadi ni...hihihi
Kali ni Liza gunakan resepi dr dapur K.Nor, terima kasih bnyk2 ye kak atas perkongsian resepi ni...resepi ni jugak lah Liza buat utk bisnes..mohon halal ye Liza share kat sini pulak.


RESEPI KEK PUDING KARAMEL

Bhn2:
(A) utk buat gula hangus/karamel
2 sudu besar gula

Tabur gula dalam loyang n masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Jangan kacau gula, nanti gula berketul. Ketepikan.

(B) ~ kastard (mekasih Sally)
4 biji kuning telur + 1 biji telur ~ k.nor guna 3 kuning telur + 1 biji telur (whole egg)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat (lebih kurang 150gm)
1 sb tepung kastard
75 ml air
1 sk vanila

Cara:
Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain ke dalam bancuhan tepung kastad dan air.
Kacau dengan perlahan2 (jgn sampai berbuih)

(C) merinque
6 biji putih telor(pastikan jgn tercampor skitpun telor kuning)
70g castor
1 sudu teh krim of tartar (boleh gantikan dgn jus lemon/limau nipis/kasturi)

pukul sampai adunan jadi pekat dan bertanduk, ketepikan
(kalu kita terbalikkan bekas,adunan xtak jatuh. kalu jatuh, mknanya belum jadi..pastikan putih telur tk tercampur skit pun dgn kuning telur. pastikan jgk bekas utk letak putih telur dan mixer kering.)

(D) lapisan kek
140g tepung gandum
1sudu teh baking powder
70g gula kastor ~ k.nor guna 60gm aje
3 biji telor kuning
135ml air biasa
45ml minyak masak

Pukul telor kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke kaler putih.
Pastu masukkan gula, pukul lg sampai naik 1x ganda.
Kemudian masukkan tepung n baking powder yg dah diayak terlebih dahulu.
Pukul lagi dgn perlahan2an.

Masukkan bahan B kedalam A. (k.nor tapis direct adunan kastard ke dalam loyang)
Campurkan adunan C & D,gaul dgn senduk/spatula hingg sebati.
Bahagikan kpd beberapa bahagian dan letak warne & paste kalu nak.
(cthnye,letak warna hijau(paste pandan),warne pink(paste strawberry)..
Masukkan dalam loyang karamel.

Caranya, ambil 1 senduk mana2 warna, letak tgh2 loyang, x payah ratakan, kmudian ambil warna lain pulak, letak kat tgh2 warna yg 1st td, begitulah seterusnya sampai adunan habis, barulah jd belang2.
Bakar cara waterbath. (maknanye letak loyang adunan kek ke dalm loyang yg lg besar,pastu isi air panas ,pastu baru bakar) dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170C 45 - 50 min (api bawah sahaja) k.nor guna suhu 160C, bakar selama 40 min dan turunkan suhu kepada 150C dan bakar lagi selama 30 min.



Liza CnP dr blog K.Nor supaya takde tips yg tertinggal ye...sori K.Nor...hihii



sedikit tip tambahan :1. setelah kek masak, k.nor biarkan ia dlm oven lebih kurang 20 min. biarkan pintu oven terbuka sedikit (boleh sendal dgn oven mitt atau senduk kayu. (ni utk mengelakkan kek kena kejutan suhu dan ia jadi mengecut/shrink) ~ tip dr Malina PG.
2. kemudian, k.nor biarkan kek betul2 sejuk (di luar oven) barulah diterbalikkan/dikeluarkan dr loyang (ni utk mengelakkan kastard pecah/crack kerana kastard masih dlm keadaan lembut semasa ianya panas) ~ tip dr Sally.


Monday, March 23, 2015

Serimuka Pandan....


Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...kuih ni antara kuih peberet kat umah Liza ni, kalau buat, gerenti laku..dah banyak kali Liza buat gunakan resepi ni yg Liza dapat dari sebuah majalah lama, mmg dah lama sangat dah...mmg kena sangat dgn selera kami, bhn2 pun senang...bagi yg berminat nk cuba tu boleh jenguk resepi kat bawah ye...kali ni Liza buat 2 adunan, almaklumlah anak2 semua dah besar kan, mana cukup buat sikit2....hihihi






RESEPI SERIMUKA PANDAN
Bhn2 A:( bawah)

150 gm beras pulut - rendam 3-4 j
200 ml santan cair
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan

- kukus pulut dgn santan cair, garam dan daun pandan.
- bila pulut dah masak, tekan biar pulut td padat, ketepikan..

Bhn2 B:(atas)

1 cawan pati santan
2 biji telur
5 s/b gula pasir
25gm tpg gandum
1 s/b tpg jagung
Sdkt pewarna hijau
Sdkt air perahan daun pandan - Liza guna 3 helai daun pandan + blend dgn pati santan  + telur dan tapis
Sdkt garam

- bancuh tpg jagung, tpg gandum, garam, gula dgn bancuhan santan bersama telur td.
- masukkan sdkt pewarna hijau dan gaul sebati.
- masak atas api perlahan hingga naik wap.
- tuangkan adunan td di atas pulut yg telah ditekan mampat.
- kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
- sejukkan sebelum dipotong....





Wangi sangat dengan aroma daun pandan tu....



Friday, March 13, 2015

Gulai Ikan Yu....






Ni salah satu lauk peberet Liza, biasanya arwah ma akan campur dgn daun kaduk yg dihiris halus tapi kalau xde boleh je campur dgn daun kesum..lauk ni dah banyak kali Liza buat, tiap kali jumpa ikan ni, hubby mesti beli...ye la kan ikan ni bukannya selalu jumpa, biasanya Chinese yg suka makan ikan  ni, tu pun abang yg jual ikan tu bagitau...

Biasanya kalau beli, mmg siap2 suruh abg tu buang kulit ikan ni, almaklumlah kulit ikan ni mmg tersangatlah kerasnya...silap2 haribulan blh luka tgn kita...

Ok lah , jom kita tgk bhn2 nak masak ikan ni pulak ye..



GULAI KUNING IKAN YU
Bhn2:

1 ekor ikan yu - ambil isi dan potong kecil
5 ulas bwg merah
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 s/b ketumbar biji - ditumbuk lumat
1 s/b rempah kari ikan
Cili mesin
Asam keping - 1 dah cukup
Santan secukupnya
Daun kadok / daun kesum
Garam dan perasa

- Bwg merah, halia, kunyit, lengkuas dimesin halus (kalau rajin blh juga ditumbuk)
- masukkan kedlm santan bersama cili mesin,sdkt rmpah kari dan ketumbar yg ditumbuk td..
- masukkan juga asam keping dan masak hingga menggelegak
- masukkan ikan dan daun kadok / kesum.
- perasakan dgn garam dan perasa dan biarkan hingga ikan masak..




Pada yg tak pernah merasa ikan ni kan, isi ikan ni pejal seakan ayam,kalau ikan fresh mmg sedap n manis tapi kalau ikan ni dah lama mmg hanyir la...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...