Tuesday, January 24, 2017

Ayam Percik Chef Wan...




Apa yg buat Liza tertarik nak cuba resepi ni ialah sebab ada guna halba yg di kisar...nak tau la juga macam mana rasanya kan, alhamdulillah mmg sangat2 sedap








RESEPI AYAM PERCIK CHEF WAN

Bhn2:

  • 1 ekor ayam
  • 1 liter santan
  • 10 batang serai di titik
  • 6 cm lengkuas di hiris
  • 1/2 helai daun kunyit di hiris halus
  • 1 sudu besar gula merah
  • garam dan gula secukupnya
  •  
     
    Bahan kisar:
    • 3 tangkai cili merah
    • 4 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 1/2 cm halia
    • 2 1/2 cm kunyit hidup
    • 10 biji buah keras
    • 1 sudu teh halba
     
     
    Cara buat ayam percik:


    1. Masukkan bahan kisar dan santan dalam satu periuk besar. Kacau dan didihkan hingga pecah minyak.
    2. Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau hingga ayam disalut dengan kuah.
    3. Masukkan garam dan gula dan renehkan selama 30 minit.
    4. Kacau dan balik-balik ayam selalu.
    5. Keluarkan ayam daripada kuah dan panggang ayam selama 10 minit sambil dilumur dengan kuah.
    6. Letakkan ayam panggang di atas pinggan.
    7. Kembalikan periuk ke atas api sederhana dan pekatkan kuah sambil di kacau sehingga menyalut ayam apabila di tuang ke atasnya.
    8. Angkat kuah dan siram ke atas ayam.







    Lauk ni Liza gandingkan dgn salsa tomato je, mmg sedap..






    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...