Sebenarnya Liza mmg takut nak cuba buat starter sourdough ni sbb rasa macam susah je, ye la tak biasa kan...lagipun selama ni kalau nak buat roti guna yis je, tak pernah terlintas pun nk guna sourdough ni, rasa mcm leceh nak buat..
Tapi akhirnya Allah bukakan juga hati Liza utk buat starter ni selepas ditemukan dgn otai SD iaitu Nurul atau Nurpian nama IG dia...terima kasih banyak2 sbb sudi jawab segala pertanyaan akak tentang SD ni, almaklumlah jakun kan...hihii
Cara dan resepi starter sourdough ni pun Liza CnP je dr blog Nurul, tq sekali lg ye
NATURAL STARTER
Dari buku Bread Revolution-Duncan Glendinning dan Patrick Ryan
* starter elok di letakkan di tempat yang mempunyai aliran udara yang elok.
Day 1
175ml susu dari bancuhan susu tepung
75ml yogurt asli
cara:
panaskan susu sehinnga suam dan masukkan ke dalam mangkuk besar yg bersih.
Masukkan yogurt dan kacau sebati.Tutup mangkuk dengan plastik wrap.
Day 2
120g tepung roti
cara:
campurkan tepung roti ke dalam adunan yogurt dan kacau sebati.
Tutup semula mangkuk dengan plastik wrap dan biarkan selama 2 hari.
selepas 2 hari adunan starter akan di penuhi dengan buih dan berbau masam.
Day 4
175g tepung roti
100ml air
40ml susu segar
cara:
campurkan kesemua bahan dalam adunan yogurt dan kacau sebati.Tutup semula mangkuk dan biarkan selama 12 ke 24 jam.
campurkan kesemua bahan dalam adunan yogurt dan kacau sebati.Tutup semula mangkuk dan biarkan selama 12 ke 24 jam.
Ni starter Liza hari pertama, maksudnya sehari lps buat |
Day 5 Starter sepatutnya sudah aktif dan dipenuhi dengan buih-buih kecil dan berbau masam yang elok seterti gambar di atas.
Dan sekarang masanya yang elok untuk buat Roti SD.Saya akan share cara membuat roti dalam next post.
Selalunya kita akan menggunakan separuh starter ni untuk membuat roti dan starter yang selebihnya akan di simpan dan kita perlu bagi 'makan' atau feeding untuk kegunaan yg seterusnya.
Untuk Lebihan Starter campurkan:
300g tepung roti
300ml air
cara:
campur sebati dalam lebihan starter dan ketepikan selama 12 jam dan selepas itu boleh guna lagi separuh starter untuk buat roti baru.Tetapi sekiranya anda tak nak bake roti SD pada hari seterusnya macam saya ,selepas bagi makan starter tersebut saya masukkan kesemua starter dalam tupperware besar bertutup dan simpan di dalam fridge.Bagi makan setiap 5 hari iaitu pada hari ke 5 keluarkan separuh starter tersebut dan bagi makan semula ikut formula lebihan starter .Sebelum guna keluarkan dulu starter dari fridge 2 jam sebelum membuat roti.
Cara saya - saya akan membuat roti SD ni setiap 5 hari dan pusingan ni memang berlarutan dengan memberi starter ni "makan" dan Insyallah starter ni akan hidup dengan baik selagi kita memberi ia makan.
Nota:Kalau nampak ada air timbul di permukaan starter maksudnya Starter anda sgt lapar dan kena terus bagi ia makan dan kalau tak starter anda akan mati.
No comments:
Post a Comment