Monday, March 7, 2016

Apam Pisang Tanpa Telur n Chia Seed....



Apam pisang ni walaupun tanpa telur tapi mmg cukup lembut, anak2 pun suka n makan berulang2..tapi kali ni Liza tambahkan chia seed kt dalam tu..gambar mmg tak cantik sbb mood mmg takde masa ni, cuma terpaksa amik gmbr ni sebagai rujukan di masa akn dating...
Rasanya apam pisang kali ni lebih sihat sbb takde telur dan ditambahkan dgn chia seed...mmg sesuai sgt la dgn papa yg baru lps operation...kadang tu pening jugak nak sediakan menu yg sedap utk org sakit ni kan...Alhamdulillah ramai yg membantu,terima kasih ye,hanya Allah yg dapat membalas segala kebaikan kalian..

Liza jumpa resepi ni kat dapur Amie,thnks ye Amie...apam ni mmg sedap n lembut..







RESEPI APAM PISANG TANPA TELUR N CHIA SEED

Bhn2:

1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
2 biji pisang lemak manis - hiris nipis untuk hiasan 

2 s/b chia seed - rendam kejap ye
 Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung n chia seed dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

1 comment:

adda syuhada said...

Menitik ayaq liuq aihh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...