Assalamualaikum wbt dan salam jumaat ...disebabkan anak2 Liza suka menu yg berasaskan daun pandan ni, maka terajinlah sikit nak buat muffin pandan ni, lagipun nak buat muffin ni senang je kan...godek2 terus bakar, siappp..hihii
Resepi muffin kali ni Liza amik dr dapur Kak Azie, memang moist..terima kasih kak
RESEPI MOIST MUFFIN PANDAN
Bhn2:
200gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
1/2 sk garam
120gm gula kaster
200ml santan - ( Liza guna susu cair)
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 sk pandan paste
1/2 sk pandan essence
Sedikit pewarna hijau
Badam hiris atau apa yg disukai - tabur ( guna butterscotch chips)
Cara cara:
1. Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups.
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata.
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna.
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. - Liza tabor dgn butterscotch chips
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.
3 comments:
cantik membumbung muffin liza buat tuh... bolehlah try nnt...
hahaha... kelakar... duk belek2 asal usul resepi ni rupa2nya resepi yg pernah dikongsi oleh kak Rinnchan... kalau camtu.. akak dah beberapa kali buat rupanya.. memang terbaik resepi ni... hihi..
Wahh..sedapnya..
Post a Comment