Assalamualaikum wbt...buat lagi kuih keria ni sbb peberet family..angah suka sgt makan kepingan gula tu, lepas habis baru dia gigit kuih tu...hihii, macam2 pesen..Liza nak ucapkan terima kasih pada Kak Yati sbb Liza ambik resepi ni kat dapur dia ye...walaupun pada dasarnya asas kuih ni sama dgn cek mek atau cucur badak, tapi cara utk hasilkan gula tu yg penting, kalau silap step mmg tak kan jadi gula yg berkerak tu...
Liza pun bnyak kali cuba baru menjadi, so moral of the story, jgn cepat putus asa ok..cuba dan terus cuba, practice make perfect..
RESEPI KUIH KERIA
Bhn2:
500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
1 cawan gula-
1/2 cawan air
Cara-Caranya
- Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
- Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
- Rebus hingga lembut.
- Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
- Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
- Goreng hingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan minyak.
- Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
- Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
- Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
No comments:
Post a Comment