Friday, December 22, 2017

Mee Kari dan Homemade Mee Kuning...



Rasa bangga bila dapat buat mee kuning sendiri, rasa tak percaya pun ada jugak,hihii
Baru tau nak buat mee kuning ni takde la susah sgt..yang penting tahap kebersihan terjamin..tima kasih pada cikgu2 yg sudi jawab pertanyaan Liza ttg mee kuning ni..mereka adalah rakan2 IG yg selalu berkongsi resepi di IG..
Kali ni buat mee kari guna homemade mee, berdouble2 sedap..ihhii






HOMEMADE MEE KUNING

Bhn2:

500gm tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit - optional
1 biji telur
2 s/k air kapur - optional ( Liza xletak)
2 s/k garam
200ml air


- air dicampur dgn air kapur dan garam
- acmpur tepung tepung dgn telur dan campuran air td. masukkan air sedikit2 sehingga jadi macam serbuk roti ( tepung boleh dikepal) * Tak perlu guna kesemua air
- rehatkan doh 1/2 jam
- bahagikan doh pada 6 bhgn dan ambil satu bahgian gelek dr ketebalan tebal ke nipis ( yg ni Liza tak pandai adjust lagi, hihi)
- rebus dlm air rebusan yg telah mendidih dan masak mee hingga mee timbul
- basuh mee dgn air sejuk utk buang kanji ( Liza lalukan bawah air paip je)
- sejat hingga kering dan gaulkan dgn minyak utk mengelakkan mee dr melekat antara satu sama lain
- boleh terus digunakan atau disimpan dlm fridge
- tahan 4-5 hari




1 comment:

Norlaili A Wahab said...

Cantik kejadian nya Liza 👏🏼 Lama2 nanti dah expert lagi menarik ni 👍🏼

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...