Monday, May 23, 2016

Daging Masak Merah ala Thai...



Dah lama tgk resepi ni tapi masa tu tak terbuka hati nak mencuba...tapi baru2 ni disebabkan tak tau nak masak apa utk dinner, ni je menu yg terlintas...
Alhamdulillah sedap n menepati selera ahli dlm rumah ni,pasni insyaallah akan buat lagi..
Resepi ni Liza ambil dr dapur Kak Azie, tq kak atas perkongsian resepi ni...walaupun ada bhn yg tak cukup tapi rasanya tetap mantopp..




 
RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI
 
 
Bhn2:
 
 
1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah
2 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Kacang panjang - jika suka
Daun sup/daun bawang - xde stok
1 biji cili capsicum
1 cili merah

Cara-cara:
Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.


 
 
 




Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.
 
 
Nota:
Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.
 

2 comments:

Jueliza Jamani said...

sedapnyaa.. kak orang kata buat daging masak merah ni depa buh pewarna ker kak

lia ummiirfan said...

mak aihh.. terernya.. sedap πŸ˜‹πŸ˜‹

Rahsia wajah saya cantik berseri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...