Saturday, May 28, 2016

Ayam Masak Ros....



Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti pada semua dan pada diri sendiri jugak...hihi
Bila dh cukup ahli dlm umah ni, mcm2 la idea dan menu yg difikirkan..maka terjadilah ayam masak ros ni, tapi mkn dgn nasi putih je..
Ayam masak ros ni berbeza dgn ayam masak merah sbb kepekatan kuah dia..ayam masak ros biasanya menggunakan susu cair atau santan utk melemakkan lagi kuah dia..

Resepi ni Liza ambik dr umah CMG, mmg sedap n berbaloi2 masak ayam ni..tq ye








RESEPI AYAM MASAK ROS

Bhn2:

1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
3/4 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar tomato puree
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 batang serai, diketuk
1/4 cawan kismis
1/3 cawan susu sejat
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun sup untuk hiasan

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1  biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih

BAHAN - BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ayam 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak tadi dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga layu dan harum. Tambah serai, kismis dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi.
  2. Tambah cili kisar, kacau rata, masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga naik minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Kacau rata dan masak hingga pekat.
  3. Tambah susu cair, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis sedikit). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau sebarang nasi berperisa.





2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Liza...biasa cuti2 sekolah ni..menu ayam ler kita hari2 :)
Dah kesukaan anak2 gitu..jenuh nk cari idea nk msk apalg dgn ayam nih !

Nooriah Abdullah said...

anak2 kaknoor pun suka kalau ayam dimasak macam ni
anytime je hbissss kalau masak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...