Monday, March 7, 2016

Southern Yellow Chicken Rice....


Assalamualaikum wbt dans salam rindu utk semua...sebenarnya mood nak update blog ni masih dlm mood yg tak berapa rajin tapi bila tgk bnyak gmbr dlm file, maka terpaksalah merajinkan diri ..semuanya utk kengkawan tersayang,hihii

Nasi ni Liza buat pada hari Khamis 26 Feb 2016...pada mlm tu lah Allah uji Liza sekeluarga..
Papa diserang sakit jantung sejurus lps main bola,tak sempat balik jumpa umi n anak2 sbb keadaan papa kritikal.. nasib baik kawan2 papa sempat hantar papa ke hospital, nasi peberet ni pun papa tak sempat nk makan...apa2 pun umi redha dgn ujian tu dan pasti ada hikmah yg kita tak tau kan...
Cuma umi n anak2 harap papa jagalah makan dan kurangkan merokok tu, tiada papa tiada lah kami..dan lepas ni rajin2lah buat medical checkup ye,jgn suka tangguh2..

Ok lah berbalik pada menu nasi ni, jom kita tgk resepi kat bawah ..nasi ni mmg sedap n paling senang nk buat..






RESEPI NASI AYAM GORENG / SOUTHERN YELLOW CHICKEN RICE
Bhn2:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari*


Caranya
ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis ,2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang,
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (boleh guna beras jasmin)
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan
minyak utk menumis - mama guna minyak sapi + minyak masak







Cara-Caranya: Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.
nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.



2 comments:

cheq da said...

Best jea nmpk nasi nya kak..kekuningan

adda syuhada said...

sedapnyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...