Dah lama sgt tak buat ketupat sotong ni, akhirnya bila abg request nak makan, barulah ingat rupanya dah lama tak buat...sampaikan adik pun ingat tak ingat je , asyik tanya umi masak apa tu, sedap ke tak...alahai adik,siannya ye..
Ketupat sotong yg gelap ni versi klate sbb kitaorg guna nise, kalau terengganu style kaler putih je...
RESEPI KETUPAT SOTONG WARISAN
10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
Lidi cungkil gigi secukupnya
1 s/kecil halba
Cara-cara
- Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras.
Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
- Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
- Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong.
Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada
santan tadi. Lebihan beras pulut td pun boleh masukkan sekali dlm periuk.
- Masukkan garam, gula melaka,halba, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
- Pastu rasalah dah cukup rasa manis ke idak ye..
Memang sedap weiii, rasa sekali pasti nak lagi...hihii
1 comment:
Ada tu sekali kakak makan di T'ganu dia makan dgn kuah ala-ala laksam Liz
Sedap juga tau. Kakak tak pernah buat ini makan aje tahu hihi..
Post a Comment