Wednesday, April 29, 2015

Muffin Pisang....Best Banana Muffin



Buat lagi mapin pisang ni sbb sng n anak2 pun suka...hihii
Macam biasa la kalau buat mapin ni mst tunggu depan pintu oven, bila dah tengok dia naik cantik merekah, fuhhh memang happy sgt2, rasa nak menari pun ada...satu kepuasan yg susah nak diucapkan...hihihi

Masih menggunakan resepi dari ratu muffin kita Izah ,sedap Zah..dah banyak kali akk buat, thnx ye..





RESEPI BEST BANANA MUFFIN

Bhn2:
3 atau 4 biji pisang saiz besar (lagi banyak pisang lagi moist muffin)- saya letak 6 biji sederhana besar
1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan)- saya letak 1/2 cawan dan manisnya memang sedap mungkin juga bergantung pada manis pisang
1 biji telur- dipukul sedikit
1/3 cawan mentega/margerine cair - kalau nk guna minyak pun ok
1 1/2 cawan tepung gandum
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon garam

#1/2 cawan kelapa kering - saya tambah sendiri..wangi weh- skip

Caranya: Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan. Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering. Cedukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit. (Saya bakar 180 C selama 25 minit).-Liza pun





1 comment:

lia ummiirfan said...

bestkan pisang ni macam-macam boleh buat.. muffin, pengat, goreng, tapii.. anak-anak saya tak suka pisang.. padahal mak dia ni sangatlah suka pisangg.. huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...