Thursday, August 7, 2014

Kek Red Velvet....


Assalamualaikum wbt dan salam lebaran buat semua...mst ada yg dok merancang nak buat rumah terbuka hujung minggu ni kan, menu apa agaknya utk tahun ni ye, mmg pening kepala kan...hihii

Ok lah, tuan rumah ni sibuk sikit, jadi kita terus pada kek red velvet yg Liza buat ni ye...kek ni saje je buat utk makan2 family sbb anak2 mmg suka sgt dgn kelembutan kek ni...Liza buat satu adunan ni, dapat jugak la bagikan pada jiran utk merasa...




Resepi masih setia menggunakan resepi dr Anna yg comei lote tu..thnx ye Anna...

RESEPI KEK RED VELVET

Bhn2:

A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam
B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor
C:
2 biji telur (gred B)
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah
E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
CARA-CARA:



  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.




RESEPI KRIM CHEESE :
500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara -cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda





Konon2 nak buat bunga carnation, tapi hampehhh....hihihi


3 comments:

asyifamustaffa said...

Lama dah tak buat kek ni...yum2...

Liza said...

Liza pun dah lama xbuat, tapi raya ari tu anak2 mintak...hihii

cheq da said...

Sedapnya...tekak semcm terasa nk mkn red velvet la plak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...