Monday, July 21, 2014

Kek Marble Susu....

 


Dalam puasa ni tetiba tekak teringin nak makan kek marble susu ni..Liza buat separuh je dr adunan kat bawah ye, dapatlah utk berbuka kan...macam biasa la, resepi ni dr Chef Norzailina Nordin, mmg sedap..




RESEPI KEK MARBLE SUSU

Bhn2:


250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour, Rinn gunakan Tepung Kek NONA
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulso

Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester
.







4 comments:

Norliney Ghazali said...

harus cuba kek ni. macam senang jer. liney singgah follow. jemput follow blog akk jugak yer. tq.

http://lineyghazali.blogspot.com/

Umie Jazz said...

Assalamualaikum liza...mulus jer kek marble liza ni...

cheq da said...

Sedapnya teringin nk mkn..

fashrom anggun said...

ni saya mesti buat,,tengok resepi nye macam senang je nak buat.. tq kak liza share resepi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...