Friday, March 7, 2014

Roti Lembut Gebu yg simple...



Memula Liza nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga pada Mas yg sudi memanjangkan resepi roti lembut ni kat dapur dia..tertarik sebab dah berkali2 jugak nmpak Mas buat roti ni, jadi mmg kompem sedap la kan..

Jadi kali ni giliran Liza pulak utk try buat, mmg betul apa yg Mas katakana, roti ni walaupun dah sejuk tapi tetap lembut n gebu, alhamdulillah...terima kasih pada empunya resepi Anie Japri Fb..



RESEPI ROTI LEMBUT GEBU

Bhn2:

500 G TEPUNG HIGH PROTEIN
 
250 ML AIR SEJUK PETI
 
1 BIJI TELUR
 
30G G SUSU TEPUNG
 
80 G BUTTER @MAJERIN
 
1 SUDU KECIL GARAM
 
85GM GULA
 
1 PAKET YIS(11GM)



 
CARA:
MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
 
MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
 
DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
 
BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..
 
MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2

Cara Mas ( Guna Mixer )  :
Mas satukan semua bhn2 kering kecuali marjerin dalam bowl.
Putar perlahan hingga adunan sebati baru masukkan marjerin..
Uli hingga doh licin dan elastik...
Mas terus keluarkan dari mixer dan uli sedikit dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu atas doh dngan susu segar dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin..
Sedia dimakan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...