Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera utk semua...kebetulan stok peanut butter ada lagi, hari tu saje beli yg kasar sbb nak rasa tergigit kacang kt dlm tu, sedap walaupun makan dgn roti cmtu je..maklumlah Liza ni hantu kacang, apa2 pun yg ada kacang msti lah sedap...hihii
Untuk menghabiskan stok yg ada, Liza cuba gabungkan kek coklat moist dgn peanut butter pulak...Alhamdulillah, family suka dgn rasa dr gabungan 2 rasa ni...bila makan kek ni rasa crunchy bila tergigit kacang kat dalam tu...resepi kek coklat tu yg biasa je, cuma tambah peanut butter je kt dlm...
Untuk resepi kek coklat moist kali ni, Liza cuba pulak resepi dr Nuanza, mmg best resepi ni, nak buat pun senang...jom tgk resepi, thnx Cida...Liza CnP dr dapur Mas, thnx pada kedua2nya ye...
RESEPI KEK COKLAT MOIST NUANZA ( Basic)
Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh membumbung baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh
membumbung
baking soda
(sudu kfc)
( satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan )
Bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A ( kalo gred B / C, guna 3 biji ) - pukul sedikit
mcm nk buat telur dadar)
3 s/b peanut butter - Liza tambah
( satukan semua bahan B )
Cara:
Masukkan bahan B ke dalam bahan A..
Gaul sebati sampai hilang ketul2..
Boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti
Masukkan ke dalam loyang saiz 7 @ 8 inci
( loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang
secara nipis )
atau gunakan kertas minyak
Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak
Adunan boleh juga dikukus
2 comments:
Sedapnya... nyum2x...
sedapnya kek ni..nampak kesedapannya walaupun belum merasa.
Post a Comment