Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia buat semua teman...hari ni nk share ayam panggang yg Liza buat dulu...sebenarnya dh bnyak kali Liza buat guna resepi ni tp baru kali ni sempat nk publish n3 ni....ayam panggang ni mmg sedapppp dan yg paling penting family Liza mmg sukaaaa sgt....
Liza jumpa resepi ni kat dapur Mamasya, thnx yer mamasya..Liza cilok resepi n tempek kat sini pulak yer...
Gambar ni kelabu asap sikit sbb guna hfon jer...
RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Bhn2:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken
leg/paha
Bahan-2 untuk make up ayam
3 biji bawang besar - letak 2 biji
bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada
hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
2 sudu
besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar
herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar
kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara-Cara
Campur kesemua bahan make-up
dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan
dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit
mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau
sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan
ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu
kering.
Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan,
boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2
jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa
sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar
(kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat
mencuba.
Nota
dapurmamasya
Berdasarkan pengalaman 3x buat, oleh krn ayam yg mama
buat ni guna chicken leg, bolehlah dibalek2 ayam agar masak serata.tp pastikan
semasa ayam dibalek dipegang berhati2 dgn sepit agar kulit ayam tidak koyak dan
rupa ayam akan nampak elok bila masak. Dan pastikan langkah2 menyapukan ayam dengan minyak
n campuran rempah yang menitis dibuat. Ini perlu supaya ayam tidak terlalu
kering dan lebih sedap rasanya tp jgn letak terlalu byk campuran rempah nanti
tak elok rupa paras ayam bakar ni.
No comments:
Post a Comment