Wednesday, November 29, 2017

Kroket Ketam..



Buat lagi kroket ni guna ketam fillet dan tak menggunakan tepung langsung, Alhamdulillah mmg sedap..
Hari tu rasanya macam buat bnyk dan niat nk frozenkan tapi bila tgk laju je semua mkn, maka terpaksalah grg semua sekali,hihihi

Gambar lepas grg pun tak sempat snap sbb lupa..dan kali ni Liza guna breadcrumbs yg kaler kuning oren ni, cantik pulak bila tgk..
Resepi kali ni Liza amik dr dapo Hana, thnx ye Hana...sedapppp






RESEPI KROKET KETAM

Bhn2:
  • 5 biji kentang besar
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan wortel @ mix vege - celur dan cincang
  • 1/2 sk merica @ serbuk lada putih
  • 1 sudu makan butter
  • 1 sudu makan susu tepung@ susu segar - optional
  • gula
  • garam
  • ketam fillet / lauk pilihan - potong kecil

Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch ( Liza xguna )

Cara-cara
  • Kupas kentang dan potong kecil. Goreng hingga keemasan dan empuk. Angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer! nanti akan pecah biler digoreng. Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, mix vege. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula. Jika suka, boleh masukkan daging cincang dan daun sup/bwg skali.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Terpulang citarasa samada nak buat leper seperti gamba di atas atau bulat2.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. (hana buh minyak paras setengah kroket shj)
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

1 comment:

Norlaili A Wahab said...

Mix vege tu yg jual kat kedai dalam plastik campuran peas + carrot + jagung tu kan Liza?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...