Thursday, April 6, 2017

Sambal Lado Minang..





Assalamualaikum wbt...menu yg dah lama Liza buat, istimewa utk family tersayang sbb diaorang mmg suka mkn lauk2 cmni..

Dalam bnyk2 resepi, Liza berkenan utk cuba resepi dr SINI, tq Zalekha







RESEPI SAMBAL LADO MINANG
 Bhn2:

14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah
4 biji bawang besar - dihiris nipis /dadu pun boleh
2 biji tomato segar - di dadu
1 sudu makan gula - (orang minang tak letak pun gula saya sajer letak)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Daun limau purut - Liza tambah

 Cara:
1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan air dalam 3/4 cawan blender agak kasar kemudian di tapis, air lada di buang sebab gunakan lada sahaja
2. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang yang dihiris atau di dadu hingga layu dan berbau harum, tak perlu sampai perang atau garing, masukkan lada yang ditapis tadi, balik2kan hingga agak mengaring lada ini dan naik minyak apinya biar kecil sahaja.
3. Masukkan gula, dan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun sedap jugak.  Selamat mencuba.









Masak sambal ni kena sabar ye, sebab amik masa utk bagi semua bhn lembut..tapi percayalah mmg sedap teramat.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...