Thursday, September 3, 2015

Kek Batik Coklat...







Assalamualaikum wbt..masa lunch semalam kakak tiba2 tanya, 'umi pernah tak buat kek batik? '..nape?' umi pulak tanya..'takde lah, kakak saje je tanya...'..'kakak nk makan ke?'sekali lagi umi tanya..kakak pun jawab,' tak lah, tadi ada kawan kakak bawak bekal kek batik, kakak rasa, sedap..'

Lepas lunch tu jugak Liza terus google resepi ni, nasib baik semua bhn dah ada kat rumah..kelam kabut jugak la,sbb pukul 3 nk hantar kakak kelas tambahan pulak...huhhh, nasib baik sempat..
Tapi rupa tu tak cantik, comot sikit masa potong tu sbb nak cepat...biasa lah excited nk surprisekan kakak...hahaha

Apa pun rasa mmg sedap dan alhamdulillah anak2 n cik hubby suka..terima kasih ye Milla MyR, Liza tengok ramai yg dah mencuba dan puji kesedapan kek batik ni..








RESEPI KEK BATIK COKLAT

Bahan-bahan ( 1 kg )

  • 200gm milo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis  - Liza guna 1/2 tin je
  • biskut meri secukupnya

Cara-cara 

                                               

  1. Sediakan loyang yang dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ) .
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit, gaul sehingga milonya hancur.
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi....
  5. Setelah adunan pekat , boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat dan kemudian ratakannya.
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan lagi dengan adunan coklat. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  7. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... Potong dan siap untuk dihidangkan...
 
 

2 comments:

lia ummiirfan said...

tangkap leleh tengok coklat tu liza :))

Tips untuk subur

adda syuhada said...

nak buatlah resepi ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...