Thursday, July 30, 2015

Roti Jala Yg Lembut dan Sedap....



Semalam kebetulan mmg plan nk buat roti jala utk Kak Idah sekeluarga dan kebetulan jugak tertengok kat fb Mas resepi roti jala ni..so decide utk buat guna resepi ni je la, sbb kebetulan bhn2 pun mmg dah ada...

Maka terjadilah roti jala yg lembut ni dimakan bersama kari ayam..kalau tgk pada bhn2 ni lebih kurang sama dgn resepi yg biasa Liza buat, cuma Mas gunakan minyak masak tapi Liza gunakan butter/marjerin...apa2 pun, roti jala ni mmg lembut sampai pagi ni...tq Mas





RESEPI ROTI JALA YG LEMBUT DAN SEDAP

Bhn2:
  ~ Anggaran 10-15 orang ( 48 - 50 keping )

500 g tepung gandum
1 camt garam
1 camt pewarna kuning
500 ml susu segar
3 biji telur
550 ml air - sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air
2 camb minyak


Cara :

Blend semua bahan2 hingga sebati. Tuang kedalam mangkuk besar. Biarkan adunan selama 10 - 50 minit.
Panaskan kuali leper ( non stick pan ) yang tidak melekat atas api sederhana. Kacau cedok adunan guna acuan roti jala dan bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6 - 8 cm di atas kuali.
Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.














4 comments:

Rizziela said...

sedapnya

tun_telani said...

Salam kak liza ^^ lamanya tak ber-BW.. dh lama juga x menjala. tgk ni teringin pulak nk mjala

Liza said...

peberet family akk ni tp nak buat mmg kena fikir banyak kali la....hihi

Liza said...

wslm tun...tu la kan, akk pun dah lama sgt tak menjala, tetiba terlintas nk jamu tetamu ari tu..mmg rezeki dia la kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...