Wednesday, July 29, 2015

Churros...


Assalamualaikum wbt...ni la aktiviti semalam, cuba meng'churros, ni pun gara2 tak tau nak buat apa utk inum ptg..jadi sambil2 nak ambil anak balik dr sekolah, sempat lah dok cari resepi yg senang utk  minum ptg nnt...Alhamdulillah terjumpa resepi churros ni, bhn2 mmg senang tapi nak siapkan tu memang menduga iman betul, nak2 pulak Liza buat 2 adunan...memang menggigil la tangan n jari jemari dok menekan adunan ni..tapi hasilnya, walllaaa mmg sedap dan berbaloi walaupun lenguh segalanya...hihii






Resepi ni Liza ambik dr dapur Cikgu Hana yg dah sunyi sepi sejak balik dr Jepun..apa2 pun akk doakan Hana n family sihat hendaknya ye, izinkan akk share resepi ni kat sini pulak ye, tq Hana..


RESEPI CHURROS

Bhn2:
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • 11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je
  • 1 biji telur - size L  Liza guna saiz A
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan butter
  • For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate


  • Liza doublekan semua bhn di atas..




    Cara-cara
    • Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati. Liza biarkan adunan tepung sejuk dulu baru masukkan telur..
    • Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
    • Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.






    2 comments:

    Rizziela said...

    sedap..nak try buat gak lah

    Liza said...

    mmg sedap ni rizziela, try lah, cnfirm tak nyesal

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...