Thursday, July 3, 2014

Puding Roti Karamel...


Iftar semalam Liza buat lagi puding roti karamel ni, sbb family mmg suka..alahh,nak buat pun senang kan..tak yah citer panjang2 la, jom kita terus tengok resepi ye..




RESEPI PUDING ROTI KARAMEL


Bhn2:

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara


  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
 


Terima kasih pada kak Rosa atas perkongsian resepi ni...




3 comments:

Anonymous said...

Sedapnyaa

cheq da said...

Sedap bila dapat mkn sejuk2

Rizziela said...

sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...