Thursday, July 3, 2014

Chocolate Chips Blondies....


Assalamualaikum wbt dan Salam 5 Ramadan...masa mula2 tgk choc chips ni kat dapur Izah, terus salin resepi sbb resepi ni nmpak mudah je...hari tu masa dok belek2 buku resepi, terpandanglah resepi ni lg, tgk bhn semuanya ada, apalagi, on la...kebetulan adik pun nk datang ari tu..



Masa tgh buat tu risau pulak takut tak jadi, sbb adunan dia mmg pekat sikit..dlm hati dok berkata2, mmg tak jadi ni, keras semacam je adunan dia, tapi tak pe la kita bakar dulu, tgk cmner lepas tu..

Alhamdulillah masa tgh bakar tu, adunan tu naik cantik, suka sgt masa tu..bila amsak je, anak2 balik sekolah n tanya, 'umi masak apa ni, wanginya bau..' bila Liza bagitau je, diaorg tak sabar2 nak rasa, ye la kan, dah ada choc chips, budak mana yg tak suka...hihii

Sebenarnya kan Izah, benda alah ni mmg sedap terlampau, hihii
Adik Liza cakap, nak cakap kek, dia tak selembut kek, nak cakap biskut, dia tak sekeras biskut...hihihii

Kalau nak tau, jom lah kita tgk resepi ye, mana tau ada yg nak buat utk berbuka nnt..thnx Izah




RESEPI CHOCOLATE CHIPS BLONDIES

Bhn2:


  • 1-1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega cair
  • 2 biji telur, pukul sedikit
  • 1 sudu kecil vanilla extract
  • 1-1/2 cwan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cup  semisweet chocolate chips

  • Caranya:

    Dalam mangkuk yang besar, satukan gula perang, mentega cair, telur, esen vanila sehingga sebati.Guna hand whisk je.

    Kemudian masukkan tepung, baking powder, dan garam. sebatikan. Kemudian masukkan chocolate chip dan sebatikan.

    Bakar dlm loyang 9x13" (izah bakar dlm 10x10") pada suhu 175 c , 18-20 minit sehingga masak. Sejukkan dan potong.


    Cuba tgk, banyak kan choc chip dia, mmg meriah n anak2 cnfrm suka...




    2 comments:

    izahdaut said...

    Kan kak Liza kan. Sebab tu saya ritu 3x dlm waktu terdekat ulang buat. Hehe
    Mmg mula mula saspen mcm kak Liza jugak saya. Cantik Blondie akak tu. :-)

    nurunnjhs s said...
    This comment has been removed by the author.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...