Thursday, January 2, 2014

Baked Macaroni n Cheese Again...


Assalamualaikum wbt...hari ni hari pertama sessi persekolahan bg tahun 2014...kemain suka lagi anak2 Liza pergi sekolah pg ni, bersemangat diaorang...cuma adik masih lagi bercuti sbb cikgu dia cakap kesian kat budak2, cuma sekolah 2 hari je..so, dia cakap Isnin ni baru tadika adik buka...tapi adik mmg tak sabar2 nk g sekolah, kesian dia srg2 je kat rumah..takde geng nk bergaduh..hihihi

 
 

Sebenarnya dah bnyak kali buat mac n cheese ni sbb anak2 mmg suka sangat...masih menggunakan resepi yg sama cuma lauk2 kat dalam tu Liza gunakan apa yg ada je la...


RESEPI MACARONI N CHEESE

Bhn2:

1 paket macaroni - rebus bersama sedikit garam dan toskan
3 s/b marjerin / mentega
3-4 s/b tepung gandum
4 cawan susu segar
4 keping cheddar cheese
4 batang sosej - potong kecil
2 keping chicken meatloaf - hiris kecil
1 tin chicken n muhroom soup - Liza guna Kimball
Garam, gula secukup rasa
1/2 s/b serbuk lada hitam
Mozarella cheese secukupnya
Serbuk roti secukupnya

- panaskan marjerin / mentega didalam periuk, tambahkan tepung gandum dan kacau sehingga tidak berbintil..masa ni guna api kecik ye..
- masukkan sosej, chicken meatloaf, susu segar dan sup Kimball, masak hingga didih dan kacau lagi utk pastikan tepung td tidak berbintil..
- bila dah mendidih, masukkan cheddar cheese dan biar hingga cheese cair..
- tambah serbuk lada hitam, garam n gula secukup rasa..pastikan rasa dulu sebelum letak garam ye sbb cheese n sup dah masin..
- bila semua dah sebati, tutup api..




1 comment:

Wani Sukarno said...

salam kak liza .. lamanya tak singgah dapor kak liza ni...emm teringin pulak nak buat macaroni... sebab sos prego yg dalam tin tu dah lama tak terusik.. tengok yg akak punya ni macam uniknya punya bahan2 mesti sedap :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...