Friday, January 11, 2013

Kuih Bingka Pandan Comel...


Liza mmg suka buat kuih ni sbb senang dan yg penting sedap, kalau tak caya, cubalah...resepi ni dr Kak Zana, thnx ye akk sbb dah banyak kali Liza buat guna resepi akk ni...tp kali ni Liza gunakan acuan muffin yg kecik tu je, senang nak ngap....hiihhii

RESEPI KUIH BINGKA PANDAN COMEL

Bhn2:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan

Blender hingga sebati

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.

Taburkan bijan (jika suka)

Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.

Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.




1 comment:

Marsita yahya said...

nak traiii nampak cedap:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...