Thursday, January 24, 2013

Kole Kacang...


Ni la kuih peberet Liza, mmg susah nak cari org yg jual kuih ni...disebabkn dah lama tak mkn, nak tak nak terpaksa la merajinkan diri utk buat sendiri kole kacang ni...mmg berbaloi sgt sbb menepati selera, sampai anak2 Liza pun suka...

Resepi ni amik dr MyR, resepi dr Che Iza.thnx ye, walaupun simple cara nk buat dia tp mmg sedap...Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx again...


RESEPI KOLE KACANG

Bhn2:
  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

3 comments:

Amie said...

Feveret kita juga ni Liza... suka makan berketul2 tapi belum pernah cuba buat!

zana fahmi said...

suka sangat koleh kacang, sape nak bagi akak niiii...Liza buat mesti sedap tu.

Yana Shaiful said...

kita suka kole kacang..suka bau yg wangi tuh..nnt nk cuba bt sndiri lah..mst mkn xhingat dunia hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...