Wednesday, May 20, 2015

Kuih Bijan/ Kuih Bom...



Dah lama rasanya tak buat kuih bom atau kuih bijan ni, alang2 inti kelapa ari tu ada lagi, maka terajin lah sikit nak buat kuih ni...kuih ni mmg ramai peminat kat umah ni, diaorang mmg suka kuih yg kenyal2 cmni..resepi kali ni Liza amik dr fb Suriani Osman, thnx ye Sue..





RESEPI KUIH BIJAN/KUIH BOM


Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum...

Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:


 Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).Sejukkan inti.

 




Cara membuat kuih bom:

Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti yang telah di kepal bulat bulat.

Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.

Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.

Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.





1 comment:

Unknown said...

Tau x camne asal usul kuih nie? Untuk projek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...