Tuesday, October 21, 2014

Ketam Goreng Lada Hitam...


Assalamualaikum wbt dan salam manis kengkawan semua...ketam blackpepper ni mmg peberet angah tiap kali makan kat kedai seafood, tapi bukan semua kedai yg ada menu ni..

First time makan kat Pernu Melaka, ala kedai Parameswara tu, kalau sape yg pernah sampai sana, mesti tau kan..sejak dr situ lah bermulanya ketagihan angah dgn ketam atau seafood lada hitam ni..



Disebabkan angah dh abis exam PT3 baru2 ni, maka Liza buat la lauk peberet dia ni, konon2 celebrate habis exam la ...ihihii
Bhn2 pun ikut apa yg terlintas je..jom kita tgk

RESEPI KETAM GORENG LADA HITAM

Bhn2:

5 ekor ketam- bersihkan dan potong 2
Garam
Serbuk kunyit
Minyak

- gaulkan ketam dgn garam dan serbuk kunyit, goreng hingga masak



1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
11/2 s/b lada hitam - tumbuk halus
Sedikit sos tiram
Gula
Sedikit air

- panaskan minyak lebihan goreng ketam td, tumis bwg hiris hingga naik bau..
- masukkan sos tiram dan lada hitam tumbuk td..
-masukkan juga gula dan sedikit air, kacau sebati..
-akhir sekali, masukkan ketam yg digoreng td dan kacau sebati, sesuaikan rasa dan angkat...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...