Thursday, March 27, 2014

Sotong Goreng Tepung..


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua yg Liza sayangi...disebabkan catuan air yg masih belum berakhir, jadi Liza mmg tak boleh nk masak beria2 sgt, ni pun Liza buat dah lama pun...hihii

Ni sebenarnya lauk peberet Liza, tak kira waktu dan ketika..kalau ada depan mata, cnfrm melantak tak hingat...hihii, sedap woooo
Kali ni Liza cuba buat sendiri pulak, resepi ni Liza ambik dr dapur Cida de Nuanza, mmg terbaik la...kalau tak caya moh kita cuba..



RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

Bhn2:

5 ekor sotong saiz sederhana
1 biji telur putih

Bahan tepung (satukan):

3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk rempah kari ikan
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil garam

- (gaul sebati, x perlu bancuh dgn air)

cara:

- sotong dipotong bulat dan dibersihkan
- toskan atau gunakan kitchen towel utk menyerap lebihan air
- gaul sotong dgn sedikit garam
- masukkan semua sotong ke dalam putih telur
- kemudian ambil satu persatu, golekkan ke dalam bahan tepung
- buat hingga habis
- panaskan minyak secukupnya
- goreng hingga garing keemasan

(guna minyak yg byk utk hasil yg rangup)



Terima kasih pada Cida atas resepi ni, mmg sedap n berbaloi2 kalau buat sendiri...







3 comments:

Kakzakie said...

Serdak tepung yg rangup dia pun sedap ni Liz apa lgi sotongnya. Kakak pun suka tapi kena ingat kolestrol tinggi. Masa makan memang lupa kan sebab sedap:)

Amie said...

Bagi saya... sotong goreng tepung paling sedap untuk dinikmati! Sedap... sedaaaappp!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun suka sotong celup tepong ni liza.. tapi nak membuatnya tu yang selalu bercinta sbb nak kena kena buat satu persatu... hehehee kalau bab makan tu kejap je kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...