Sunday, January 17, 2016

Muffin Pisang Bercoklat.....


Assalamualaikum wbt dan salam hujung minggu semua...muffin ni Liza buat minggu lepas lagi, utk minum petang dan utk kakak bawa bekal ke sekolah...kiranya 2 in 1 la...
Muffin ni mmg sedap n lembut ... ada lebih dalam 4 5 ketul ptg tu Liza simpan dlm fridge sbb adik cakap nk bawak bekal pg esok..dan Alhamdulillah still lembut lagi sampai ke petang hari kedua tu...mmg puashati sgt2






Resepi ni Liza amik dr dapur CMG tapi Liza ubah tang coklat chip tu...Liza letak choc rice dan atas tu Liza letak milk compound choc yg di hiris..tq ye Cik Mat sbb  muffin ni mmg best.





RESEPI MUFFIN PISANG BERCOKLAT

Bhn2:

1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan ayak)
5 biji pisang emas, dilecek hancur - guna pisang berangan
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu segar
100 gram mentega, cair dan sejukkan
Beberapa titik esen pisang (boleh juga guna esen vanilla)- esen vanilla
1/4 cawan coklat chip - choc rice
Badam keping untuk hiasan - milk choc compound
Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.
  2. Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang atau esen vanilla. Masukkan 1/4 coklat chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chip dan badam keping. Buat hingga siap.
  3. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...