Assalamualaikum wbt dan salam jumaat utk semua...menu ikan ni dah lama pun Liza buat, cuma macam biasa la baru sempat nk dok mengadap laptop ni...ihhii
Pada yg suka masakan berempah, mesti cuba lauk ni,lain dr goreng kicap yg biasa tu...terima kasih pada K.Ita yang sudi memanjangkan resepi ni...izinkan Liza share kat sini pulak ye kak
RESEPI IKAN SELAR GORENG KICAP PEDAS
Bhn2:
5 ekor ikan selar ~ siang dan cuci bersihSedikit garam dan kunyit
Bahan kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 helai daun pandan simpul
2 biji tomato ~ belah 2 ( xde stok)
2 biji kentang ~ kupas kulit potong bulat dan goring(xde stok)
2 biji lada hijau ~ di hiris kasar1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun sup ~ di mayang halus
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula Melaka
5 camca besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng kentang hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan
Minyak baki goreng kentang, panaskan semula
Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harumMasukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
Masukkan, air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air
Masak hingga didih
Masukkan ikan kerisi
Akhir sekali masukkan kentang goreng, tomato, bawang besar dan daun sup
Angkat dan hidangkan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
No comments:
Post a Comment