Friday, February 27, 2015

Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang....



Masa g pasar ari tu, Nampak ramai pulok yg jual belimbing buluh ni, dan2 tu jugak telan air liur teringatkan kesedapan sambal hitam yg buat hari tu...jadi dgn langkah yg lemah gemalai terus menuju kat makcik yg jual belimbing ni, beli dalam 2 piring RM4, dapat banyak la jugak,alhamdulillah ...dalam hati dah berkira2 nk buat stok sambal hitam ni...ihihi

Macam hari tu jugak, Liza masih menggunakan resepi peberet dr Kak Madihaa ni, kena dengan selera kami ..thnx kak




RESEPI SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH PAHANG

Bhn2:
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
Minyak - utk menumis


1- Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2( Liza gunakan dlm 20 biji). Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.

4. Sambal ini boleh disimpan lama..

2 comments:

lia ummiirfan said...

sedap ni.. tq kongsi resepi.. boleh try.. :))

cheq da said...

Hok ni memang cheq da suka sgt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...