Monday, May 26, 2014

Tepung Bungkus n step by step...


Assalamualaikum wbt dan salam manis, bersua kembali kita di dapur maya ni...semoga kita semua sentiasa di dlm lindungan Allah swt...Aamiiin

Tepung bungkus ni mmg dah lama bebenor Liza buat, tak ingat dah bila..tapi mmg sedap dan mmg resepi ni lah yg jadi pilihan Liza..sedap n senang..


RESEPI TEPUNG BUNGKUS

Bhn2:
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • sedikit garam
  • daun pisang - untuk membalut


Bahan2 inti :
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan
 



Cara membuat :

  1. Satukan semua bahan inti dan gaul rata. Kemudian kacau atas api perlahan hingga kering. Sejukkan kemudian bulat2kan inti kelapa tu.
  2. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran yang diperlukan. Lap daun pisang bersih2.
  3. Bancuh @ sebatikan tepung beras dengan santan. Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
  4. Letakkan 2 sudu besar bancuhan tepung diatas daun pisang. Kemudian letakkan inti yang telah dibulat2kan.
  5. Tutup daun pisang dan lipat kedua2 hujung daun dan kukus selama 15 minit.



Hari tu ada kawan yg mintak Liza tunjukkan cara2 nk buat tepung bungkus ni, so nnt bolehlah buat ye..




# Pada pengalaman Liza, santan yg guna utk buat kuih ni jgn terlalu pekat... nnt kuih ni ssh nak diletakkan atas daun pisang dan akan ssh jugak la nk letak inti sbb dia akan licin dan berminyak...#


4 comments:

tun_telani said...

Biasanya ni kalu blk kelate sure mharap mak sedara wat kuih nih.. mmg sedap sgt2.. tp tun kalu bab kuih2 tradisional ni mmg lemah sket.

Honey said...

Liza,

Thank you sangat update recipe ni. I suka!!!!!! Nanti nak try buat sendiri lah,

Kakzakie said...

Bestlah Liz. Biasa kalau kakak buat macam ini letak inti pisang. Lain kali kakak nak buat macam inilah.

cheq da said...

Sedapnya...teringin nk mkn tepung bungkus ni..blk kg cari benda ni la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...