Wednesday, February 26, 2014

Red Velvet Cheezy / Cheese Meleleh...


Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...hari ni Liza nak share rvc meleleh yg Liza buat hari tu, alang2 ada org tempah, so Liza buatkan lebih sbb kakak n adik mmg suka mkn kek ni...


Kali ni Liza try buat guna resepi dr member fb Yummy Cakes & Bakery pulak, sedap, gebu n lembut...mmg tak menghampakan..terima kasih banyak2 ye, Liza mintak izin share resepi kat sini pulak..








RESEPI RED VELVET CHEEZY / CHEESE MELELEH

Bhn2:

3 1/2 cwn tepung gandum
170 gm marjerin
2 cawan gula castor
3 biji telur
6 sudu besar pewarna merah
3 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan buttermilk (susu cair campur perahan jus limau/lemon)
1 1/2 sudu kecil cuka biasa
1 /1/2 sudu kecil baking powder

Cara membuatnya :-

1. Pukul butter, gula castor dan telur hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan pewarna merah, serbuk koko dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan garam dan buttermilk diselang-selikan dengan tepung gandum. Pukul hingga abis.
4. Akhir sekali. Campur baking powder dengan cuka biasa dalam bekas lain tunggu hingga berbuih dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Pukul rata.
5. Kukus selama 25 minit. (Kalau guna food container saiz sq250 dapat 12bekas)
6. Boleh juga bakar. (bekas panjang tu admin bakar) Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Api atas dan bawah.
Kalau nak guna loyang sapukan mentega dan lapik dengan baking paper ketepikan.
7. Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar2 masak cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
8. Kalau nak buat cup cake terus masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup. Bakar dalam 15-20 minit atau kukus 20minit.

- Liza kukus 20 minit dlm bekas tu..

 CREAM CHEESE FROSTING 1- Liza guna resepi no 2

500 gm cream cheese
250 gm mentega
200 gm gula aising
1 sudu jus lemon

Pukul kesemua bahan sehingga kembang.
Sapu/hiaskan keatas kek mengikut kesukaan masing2.
Boleh juga masukkan cream cheese, gula aising, susu pekat manis dan uht whipp cream.

CREAM CHEESE FROSTING 2

Bhn2:
250gram cream cheese
120gram susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream (jenama Anchor)
*mix semua bahan diatas hingga sebati, adunan ini mmg cair

Untuk hiasan :
250gram cheddar cheese-diparut

Cara:
1. Kek yang telah dimasak disejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, tuangkan adunan cream cheese diatas kepingan pertama, lapiskan dengan kek, tuang lagi adunan cream cheese tadi...ulang cara yang sama pada kek bekas yang lain.
2.Paruttkan cheddar cheese di atas kek.
3. Sejukkan dalam peti sejuk


# Pada sesiapa yg malas nk buat tu, bolehlah order ngn Liza je...amik hf tekan je no 0192113080...hihihi

8 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum Liza mmg meleleh airliur..mmg nmpk sedap...

Bbwana adienia said...

memang sedap rvc leleh ni..lama x buat dan makan..huhu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyerrr...
tp akak tak pernah buat lagi.. takut kalau buat nnt mkn tak hengat.. hehe..

Nurizan Ahmad said...

thanks liza share resepi red velvel..tengah dok cari resepi nak try ni..hihi

myra lovieta said...

salam sis. saya nak tanya kalau nak guna tepung cake boleh tak? taknak guna tepung gandung boleh ke?

Zalindazalin said...

Assalamualaikum sis nak tanya...warna merah atas cheese tu sis letak apa ya.....saya dah buat ..sedap .terima kasih pada resepi sis

Zalindazalin said...
This comment has been removed by the author.
Nurus Syifa' said...

Nk tanya, akak kukus terus dgn bekas plastik tu ke? Ataupun kukus dlm loyang pastu baru alih dlm bekas kecil2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...