Thursday, January 3, 2013

Coklat Lolipop Oreo...

 
 
 

Kali ni Liza buat lolipop coklat oreo ni berpandukan cara2 kat blog Kak Ita, thnx Kak Ita...jom kita tgk apa yg kita perlukan...

COKLAT LOLIPOP OREO

Bhn2:

300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.
lolipop stick secukupnya
acuan untuk lolipop

Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag


Sediakan bahan-bahan yang di perlukan
Cairkan coklat secara double boiler
Buka kepingan coklat oreo
Letakkan lolipop stick di tengahnya
Kemudian tutup semula
Tuangkan sedikit coklat yang telah di cairkan ke dalam acuan lolipop
Hentak-hentakkan acuan supaya coklat rata dan menyingkirkan gelembung udara
Kemudian letakkan oreo stick tadi
Tekan-takan sedikit
Kemudian tuangkan coklat di atasnya
Hentak-hentakkan supaya rata dan menyingkirkan gelembung udara
Simpan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras
Selepas keras, keluarkan dari acuan
Potong tepi coklat yang terlebih.
Ambil sekeping Edible Imej dan letakkan coklat di atasnya ~ sebagai gam
Lekatkan atas coklat lolipop tadi


2 comments:

hazila said...

Mesti seronok anak anak kalau diberi lolipop ni. Mak anak anak pun suka ni.

Liza said...

betul tu zila, diaorg siap mintak suruh buat lg...hiihhii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...