Thursday, December 27, 2012

Hati dan Pedal Ayam Masak Ungkep....


Dulu Liza buat paru dan limpa masak ungkep, tp kali ni Liza guna hati dan pedal ayam pulak...lauk ni dah jadi peberet family Liza..resepi asal ni dpt dr dapur Cide de Nuanza...akk mintak izin share sekali lg resepi ni ye...thnx

HATI N PEDAL AYAM MASAK UNGKEP

Bhn2:


1/2 kg paru + limpa - kali ni Liza guna hati n pedal ayam
1 keping asam gelugur
cili merah / hijau- hiris
1 biji bwg besar- hiris
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 btg serai- diketuk
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih

Bahan2 tumbuk:
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih

 
Paru dan limpa  ( hati n pedal) di gaul dgn srbk kunyit dan sedikit garam kemudian digrg sebentar.
Panaskan minyak. tumis bwg besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
Masukkan juga serai dan cili hiris
Biar hinga naik bau
Masukkan bahan2 tumbuk + serbuk jintan manis + serbuk ketumbar + asam gelugur
Tambahkan sedikit air dan gaul sebati
Masukkan garam dan sedikit gula jika suka
Biarkan bahan2 sedikit garing dan kering (kemudian boleh ditambah lg sedikit air jika inginkan sedikit basah)
Masukkan paru dan limpa yg telah digrg td dan gaul sebati..
 
 
 

Apam Nasi / Salju Lagiii...


Malas pulak nk celoteh pjg2, jom kita terus resepi je la...

RESEPI APAM NASI

Bhn2:

2 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg gndum
2 cwn tpg beras
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
2 1/2cwn air
2 cm/teh yis segera
kelapa parut & secubit garam - gaul (utk kelapa tahan lebih lama, kukus sekejap)

- kisar nasi bersama air , tuang air sdkt demi sdkt.
- masukkan gula perang dan gula pasir & kisar lg hingga sebati
- dlm satu bekas lain , campurkan kedua2 tpg dan yis dan gaul rata
- tuang bhn2 kisar td kedlam bekas tepung dan gaul hingga sebati
- tutup bekas dan perap adunan selama 3 jam
- panaskan kukusan, sapu acuan dgn sdkt minyak mkn
- sudukan adunan apam dan kukus selama 15 min.

Daging Masak Hitam...


Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...Liza harapkan semua sihat walafiat dan sentiasa berada didlm lindunganNya....Aamiin

Hari ni nk share pulak resepi dgg masak itam yg Liza buat tempohari....mmg sedap dgg ni, ada rasa ala2 rendang sbb Liza tambahkan serai...resepi asal Liza ambik dr dapur Madihaa, thnx ye sbb resepi yg best ni..tp macam biase la.Liza olah sikit ikut selera ahli dlm umah ni....

Liza mintak izin share resepi marbeles ni kat sini pulak ye, thnx sekali lg...

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bhn2:
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
1 btg serai diketuk - Liza tambah


Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak
2 btg serai - Liza tambah
- 1/2 dr bhn kisar dan kicap Liza perap dgn daging selama sejam..


Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, serai yg diketuk, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.

2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Tuesday, December 25, 2012

Puding Roti Sunquick Pelangi...


Pandai2 jer Liza tukar nama puding ni kan, minta maaf la pada empunya resepi ye...bkn saje2 Liza nk tukar tp ni utk memudahkan Liza nnt...almaklumlah bnyak sgt puding roti pelangi ni kan....resepi ni Liza amik dr dapur MyR, resepinya oleh Mai...thnx ye Mai, mmg sedap puding ni, hubby ngn anak2 pun suka...


Liza mintak izin share resepi kat sini ye, thnx..

RESEPI PUDING ROTI SUNQUICK PELANGI

Bhn2:
  • 1 paket agar-agar
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
  • 3 keping roti
  • 3 sudu gula (ikut selera individu)
  • 2 sudu besar sunquick
  • Pewarna hijau
  • Pewarna merah
  • Pewarna oren,biru
  • Sedikit esen vanila
Cara-cara
  1. Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
  2. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
  4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
  6. Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
  7. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
  8. Sejukkan.

Mini Pizza Lagi....


Kalau buat mini pizza ni, biasa la kan, kompem request dr anak2....suka sgt diaorg dgn roti ni, mula2 roti tu diaorg habiskan,sosej dioarg simpan...last sekali baru habiskan sosej tu, bila tgk diaorg mkn rasa kelako la pulok...

Resepi ni Liza gunakan resepi yg pernah Liza gunakan dulu..jom kita tgk..


RESEPI MINI PIZZA

Bhn2:

200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung

Topping:
- pizza cheese
- mini tomato - Liza gunakan sayur campur
- sosej
- sos tomato / sos pizza - Liza guna sos cili n mayonis
- telur untuk sapu pada roti

Cara-cara


- Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
- Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
- Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
- Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.

- Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Makaroni Bakar ala Malaysia....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali buat semua kengkawan dan pengunjung ID ni....fuhhh, lama bebenor tuan dapur bercuti kan, almaklumlah ada satu dua perkara yg harus diselesaikan, masa tu fikiran pun tgh berserabut...alhamdulillah sekarang semuanya dah ok dan mengharapkan yg terbaik utk masa akan dtg....insyaallah


Sebelum Liza teruskan n3 ni, Liza ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas buat semua penganut agama Kristian...berbalik pada n3 ni, sebenarnya makaroni ni mmg dah lama sgt2 Liza buat, ni lah makaroni bakar yg family Liza suka sbb tak muak dgn rasa telur yg banyak...



Jom kita intai resepi simple ni ye..

RESEPI MAKARONI BAKAR

Bhn2:

300gm makaroni - rebus hingga empuk dan toskan
250gm daging cincang - potong kecil
4 biji telur - pukul hingga kembang atau blend
3 s/b rempah kari ayam/ dgg
2 s/b cili mesin
2 labu bwg besar - potong dadu
1 tin susu cair
1 cawan air
Sdkt keju parut utk tabur - optional
Garam dan gula
Minyak utk menumis

- satukan rmpah kari dan cili mesin bersama sdkt air.
- panaskan minyak dan tumis bwg besar hingga wangi, masukkan rempah bersama cili mesin td.  dan masak lg hingga wangi.
- masukkan daging dan kacau rata hingga dgg masak.
- selepas tu, masukkan susu, garam, gula dan kacau rata.
- masukkn makaroni dan air, kacau hingga mendidih.
- tuang adunan kedlm loyang yg disapu mentega dan tuangkan telur diatasnya dan kacau rata.
- tabur keju dan bakar 180C selama 45 minit atau hingga masak..
- tadaaa, dah pun siap..



Friday, November 2, 2012

Creamy Potato N Chicken Soup Simple.....


Assalamualaikum wbt dan salam manis di hari Jumaat 021112 bersamaan dgn 17 Zulhijjah 1433H...semoga hari ini mendatangkan  seribu keberkatan bg kita semua...Aamiin..

Sup ni mmg anak2 Liza suka sgt, kali ni Liza gabungkan kentang dan jugak ayam,,kiranya ada protein dan karbohidrat....tp Liza ni mmg jenis yg suka masak benda yg simple2, mcm sup ni pun bnyk bhn yg Liza skip tp rasa mmg takde beza langsung....ye la masak ni ikut citarasa kita la kan, campak je apa brg yg ada kat dapur tu, insyaallah menjadi....

Jom kita tgk resepi sup yg paling simple Liza buat...

RESEPI CREAMY POTATO N CHICKEN SOUP

Bhn;

Ubi kentang - 3 biji (cuci dan rebus dgn sdkt garam hingga empuk dan lembut)
1 keping dada ayam -rebus bersama sdkt garam hingga msak, ketepikan
Susu segar - 2-3 cawan
Air - jika perlu
1 kiub ayam

- blend kentang bersama susu atau air hingga halus
- masukkan ke dalam periuk dan masak
-- siat2kan isi ayam dan masukkan ke dlm sup td.
- masukkan juga kiub pati ayam dan didihkan
- tambah sedikit air jika sup terlalu pekat
- rasakan dan siap utk dihidang

*kalau nak tambah sdkt marjerin ke dlam sup pun blh..ikut citarasa msg2.
*Liza tak masukkan tpg gandum utk pekatkan kuah sbb ubi kentang tu dahcukup utk memekatkan kuah sup..kalau nak tambah hirisan ayam @ mushroom pun blh..
*sup ni mmg berkhasiat dan mengenyangkan sbb kentang tu salah satu sumber karbohidrat...jd sgt sesuailah utk breakfast...

Atau pada sesape yg nk try resepi dr Madihaa ni pun blh jugak...

RESEPI SUP KENTANG MADIHAA


2 biji ubi kentang, direbus empuk dan dilecek lumat
2 cawan santan - MaDiHa guna santan segera (1 cwn santan kotak + 1 cwn air)
1/2 bwg besar, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk atau casserole dan panaskan di atas api sederhana.
2. Bila agak mendidih masukkan kentang lecek dan semua bahan2 lain kecuali
tepung jagung.
3. Kacau dan masak sehingga sup nampak agak pekat dan menggelegak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sup.
5. Masak hingga sup pekat, adjust masin garam dan bolehlah diangkat dan dihidang
bersama homemade garlic bread.





Liza mmg selalu sgt buat sup ni sbb simple n yg penting anak2 cukup suka...anak suka, ibu setuju....hihihii


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...