Friday, November 25, 2016

Sambal Goreng Jawa terlajak sedap..

 
 
 
 
Dalam bnyak2 resepi sambal jawa, dr dapo CMG yg Liza berkenan sbb tak guna santan...dan rasanya mmg tak menghampakan,sedap woooo
 
Tq Cik Mat atas perkongsian menu sedap ni..
 
 

 
 



RESEPI SAMBAL JAWA

Bhn2:

5 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, potong kiub dan goreng
2 keping tauhu, potong kiub dan goreng
1 biji kentang, kupas, potong kiub dan goreng
1/4 bahagian kobis bulat bersaiz kecil, hiris
20 gram fucuk, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 genggam isi udang
1 camca besar cili kisar
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang merah, hiris
1/2 camca teh pes asam jawa
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan pes asam jawa, kacau dan masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna.
  2. Tambah tempe, tauhu, kentang, kacang panjang dan gaul rata. Tambah sedikit air, masukkan tauhu kering (toskan), kobis, cili merah, cili hijau dan kicap manis. Masak hingga tauhu kering lembut. Tambah soo hoon (toskan) dan kacau.
  3. Perasakan dengan sedikit garam secukupnya. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, dan kalau nak ngam, buat juga ayam masak kicap...hmmmmm...



4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Baru kali ini resepi yg Liz letak sama dgn resepi kakak selalu buat
Kalau org Johor resepi ini biasa/senang dpt Liz:)

Adam said...

Saya tak boleh buat sambal ni. Mesti tak jadi sambal. Sebab bab memasak saya gagal,

Liza said...

tu la kan kak, sambal grg jawa ni mmg sinonim dgn org Johor...tapi Liza tgk ada resepi yg guna santan

Liza said...

Insyaallah cuba lagi...akk pun kdg2 fail jugak bab masak ni,kdg jadi, kdg tak...apa2 pun jgn putus asa, caiyok caiyok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...