Wednesday, May 20, 2015

Light Cheesecake with Strawberry Compote....



Assalamualaikum wbt ...kali ni Liza nak share kek yg Liza buat ari tu, Alhamdulillah sedap..Resepi dan tutorial utk buat cheese cake ni Liza rujuk pada blog Hasue, thnx ye Sue sbb dgn adanya penerangan yang jelas tu, lebih mudah utk difahami...
Kali ni Liza gabungkan dgn strawberry compote, perghhh satu gabungan yg sangat mantap...kalau takde boleh je nak letak topping apa2 pun, atau nak makan kosong cmtu pun ok jugak...ikut selera masing2 ye..



RESEPI LIGHT CHEESECAKE

Bhn2; ( Loyang 8")

125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]-Liza guna 150gm
300 ml susu segar
80 g mentega atau marjerin
80 g tepung gandum
80 gram gula halus
3 biji telur saiz A
beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
 
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
 
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
 
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
 
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
 
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
 
7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
 




STRAWBERRY COMPOTE

Bhn2:

250 gm strawberry
1/2 senduk gula - agak2 manis ye
1 s/t garam
1 cawan air
1 s/t perahan lemon /sehiris nipis lemon - optional, tak letak pun xpe..cuma utk bagi wangi je

- campurkan semuanya dan masak atas api sederhana besar hingga pekat..
* ada jugak yg tambah tepung jagung utk pekatkan sos strawberry ni, terpulang lah ye..*

* kalau tak nak buah tu hancur sangat pun boleh, ikut citarasa la ye






1 comment:

adda syuhada said...

Assalamualaikum,
Sedapnyer, nak ambil resipi yee,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...