Saturday, December 29, 2012

Telur Bistik Sedap....


Sebenarnya dah banyak kali buat telur bistik ni, tapi tak ingat nk snap gambar....hihiii, dan kali ni buat lg sbb family Liza mmg suka lauk2 cmni, Liza lg la suka sbb senang nk masak....kuikuikui

Jom kita tgk resepi campak2 Liza ye...

RESEPI TELUR BISTIK SEDAP

Bhn2:

3 biji telur - kocok sikit
2 keping dgg burger - hiris kecik2
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
- campur semua bhn telur dadar dan grg macam buat telur dadar biasa, ketepikan..

1/2 inci halia - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji tomato - cincang halus
2 s/b cili mesin
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
Sdkt air
Garam, gula
Daun limau purut - koyak2kan
Sayur campur - optional, liza xletak sbb xde
Sdkt minyak

- panaskan sdkt minyak, tumis bhn2 hiris hingga naik bau, masukkan cili mesin dan masak lg hingga wangi..
- masukkan semua sos dan tomato cincang dan sdkt air serta daun limau purut.
- bila dah mendidih, masukkan garam dan gula serta sayur campur.
- masak hingga sdkt pekat dan boleh la tuang atas telur dadar td...

Ketayap / Kuih Gulung....


RESEPI KUIH KETAYAP

Bhn2 kulit:


1 cawan tpg gandum
1 cawan jus air pandan (5 helai daun pandan + 1 cawan air)
1/2 cawan santan / susu segar / air
1 biji telur
Pewarna hijau
Sedikit garam


Bhn2 inti :

½ biji kelapa parut
¼ cawan gula kabung
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan
¼ cawan air

Untuk kulit :
1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.
3) Tuangkan sesenduk adunan dan ­lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemas­. Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
- Liza pun dah lupa dr mana Liza dapat resepi ni, jadi pada tuan empunya resepi ni, mintak halal dan terima kasih ye....-


Bahulu Ros Coklat Urai....

Assalamualaikum wbt...kali ni buat lagi bahulu ros tp kali ni Liza tambah coklat urai...makin rangup bahulu ni dan anak2 bertambah2 suka la....


Jom kita terus tgk resepi ye, amik dr dapur Kak Ummi Kuantan....Liza dah pernah buat kat SINI tp dulu Liza buat dlm loyang besar ye, kali ni Liza buat comei2 dlm bekas bahulu....

RESEPI BAHULU ROS COKLAT URAI

Bhn2:
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
  • 1 sdt esen rose
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah
  • sdkt choc rice - Liza tambah
Cara Penyediaan:
  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen rose.
  3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata. - Liza campurkan semua adunan dgn warna merah jambu
  5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan) - akak swirl sikit dengan chopstick.. - skip
  6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam. - akak bakar dlm 45 minit dah ok... Liza bakar dlm 20 minit je sbb bekas kecik..

Friday, December 28, 2012

Ketupat Sotong...

Ketupat sotong ni yana mintak, sibuk suruh buatkan sbb dia ckp dah lama tak makan...macam2 betul la budak tu...maka sibukla umi suruh papa belikan sotong yg tak besar sgt utk buat ketupat ni...kalau nk buat ketupat sotong ni kena sotong yg sedang2 je, kalau besar sgt pun xbest jugak kan...sbb biasanya bila mkn kita akan ambik sekor2...


Yg ni kaler dia pucat sikit kalau nk compare dgn yg Liza buat dulu, mgkn sbb tak cukup nise yg kaler gelap tu...ape pun rasa tetap sama sedap...

RESEPI KETUPAT SOTONG WARISAN

Bhn2:
  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang
  • 1 s/kecil halba - Liza tambah

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka,halba dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Nasi Kerabu Hitam....


Resepi nasi kerabu ni Liza ambik dr dapur Kak Yah, mmg sedap n menepati selera kitaorg..thnx ye Kak Yah, liza minta izin CnP resepi kat sini pulak ye..thnx sekali lg..

RESEPI NASI KERABU HITAM

Bhn2 nasi:
3 cawan beras
3 cawan air(kalau beras siam lebihkan air 1 cawan lagi)

Sehelai daun pandan
4 helai daun limau purut
6 kuntum bunga telang diblender dengan sedikit air ..kalau kurang terang warnanya bolehlah dimasukkan sedikit pewarna biru.


Bersihkan beras dan masukkan semua bahan tadi dan masaklah(tanaklah) nasi seperti kita menanak nasi. biasa.

Tumis untuk nasi kerabu - Liza xbuat
Bahan-bahan..
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai
2 sudu besar cili boh
sedikit kunyit
2 keping asam keping
gula melaka(ikut rasa)
sedikit belacan
santan pekat (2 cawan)
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

Cara-cara nya
1.Bawang merah, putih, halia diblender.
2.Tumiskan bahan blender tadi . Apabila naik bau masukkan cili kisar tadi,serbuk kunyit, serai yang telah dikatak dan asam keping tadi. Masakkan seketika kemudian masukkan belacan dan gula melaka dan kacau seketika.
3.Masukkan santan dan garam mengikut rasa...biarkan mendidih dan jika terlebih pekat masukkan sedikit air panas (tips...tumis kita akan nampak cantik dan berminyak jikalau dimasukkan sedikit air panas dalam masakan tadi). Biarkan mendidih sedikit lama sedikit. Biarkan nampak pekat dan berminyak



Sambal ikan
Bahan-bahannya
4 atau 5 ekor ikan selayang yang sederhana besarnya.
4 atau 5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
sedikit halia
sebatang serai
1 sudu besar lada hitam
1 cawan kelapa(digoreng dengan api yang kecil sehingga bewarna keperangan)
4/5 keping asam keping
gula dan garam

cara-caranya
1. Ikan dibersihkan dan direbus bersama asam keping dan garam Sejukkan
2. Buang tulangnya dan menggunakan tangan dihancurkan isi ikan tersebut dan selepas itu digoreng kering seketika(boleh juga semasa digoreng ini dimasukkan sedikit lada sulah)
3. Bawang merah, putih, halia dan serai(potong kecil2 dahulu) ditumbuk bersama lada hitam. Apabila lumat masukkan gula dan garam.Hancurkan.
4. Kelapa yang telah digoreng tadi ditumbuk(jika ianya agak kasar) kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan isi ikan yang digoreng kering tadi(simpan sedikit untuk dicampur semasa kita hendak makan nasi kerabu). Gaulkan semuanya.
5. Rasalah (kalau tidak cukup rasanya masukkan garam dan ajinomoto(jika mahu).
6. Bawang besar dihiris dan diramas-ramas sebelum dimasukkan dalam sambal ikan kita tadi.

Budu
Masak bersama sekeping asam keping, sedikit gula melaka.cili api yang ditumbuk sedikit,sedikit halia.seditkit serai dan sedikit bawang merah. Biar mendidih seketika.(kalau nak cantik semua bahan kecuali asam keping dan gula melaka diblender sebelum dimasak)

Sambal lada
Beberapa biji Cili api(burung) dan seulas bawang putih, 2 sudu besar cuka, sedikit air masak, gula dan garam. Semua bahan ditumbuk dan apabila sedikit hancur masukkan cuka dan air tadi.(air lada untuk nasi kerabu ni dia memang cair)

Ulam-ulaman(kerabu)
Kobis,kacang panjang, taugeh. bunga kantan, daun kesum, bawang besar, serai. Dihiris halus-halus semua bahan kecuali tauge


Lada hitam
2 sudu besar digoreng kering dan ditumbuk.- Liza xbuat
Ayam bakar - xbuat jugak
Daging ayam diperap bersama bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai yang diblender. Masukkan sedikit garam, sedikit cuka dan asam jawa dan sedikit minyak dan 1 sudu kecil cili giling. . Biarkan seketika.
Bakar sehingga masak.
- Liza makan dgn ayam percik kelate...

Daging Gulai Kawah Di Dlm Kuali...

Dah namanya gulai kawah, mst la org buat dlm kawah kan...tp takkan la Liza nk buat dlm kawah jugak, sape nk habiskan....hihiii
Disebabkan mmg dah lama bebenor tak makan gulai kawah ni, so hari tu terlintas la nk buat gulai kawah ni memandangkan rempah yg beli masa balik kpg dulu pun ada lg...ada jugak resepi dr kawan2 yg tak gunakan rmpah gulai kawah ni...jd pada sesape yg nak buat gulai kawah ni tp takde rempah tu, blh la jenguk kat dapur Cik Mat ye...


RESEPI DAGING GULAI KAWAH

Bhn2:

1 kg daging betis + tulang - bersihkan n rebus dgn sdkt garam dan air ( kalau xnk rebus dulu pun blh)
3 biji ubi kentang - potong 4
11/2 inci halia *
6 ulas bwg merah *
2 ulas bwg pth*
1 inci lengkuas - ketuk sikit
4-5 s/b cili mesin - terpulang pada kepedasan yg kita nak
3s/b rmpah gulai kawah
2 s/b kerisek
1 keping nise/ gula melaka
Garam, gula secukup rasa
Santan secukupnya
Sdkt minyak utk menumis
Rmpah 4 sekawan
Sdkt air asam jawa



- mesin bhn bertanda *, satukan dgn rempah gulai kawah dan cili mesin..
- panaskan minyak, tumis rmpah 4 sekawan hingga wangi, masukkan bhn mesin td dan lengkuas, masak lg hingga naik bau...
- masukkan air asam jawa, biar kering sdkt baru masukkan dgg yg tlh direbus td bersama air rebusannya..
- masukkan santan pekat dan ubi kentang dan biar ia mendidih.
- masukkan nise, garam, gula dan kerisek.
- masak lg hingga kuah sdkit pekat dan ubi kentang empuk.
- sedia dihidang, cicah ngn roti pun sodapppp...



Nasi Beriani Simple....


Assalamualaikum wbt dan salam bertemu lg di hari Jumaat, penghulu bg segala hari....alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan utk menikmati keindahan ciptaan Allah bersama yg tersayang.....

Nasi beriani ni pun dah lama Liza buat, resepi dr CMG kat MyR, Liza gandingkan dgn kari ayam tomato puri n acar masak dr adik ipar..katanya tu acar tradisi family dia kat Sarawak...ok lah jom kita layan resepi dr Cik Mat ni...



RESEPI NASI BERIANI SIMPLE

Bhn2: ( 6-7 org)

  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*(*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar -  xletak
  • Segenggam bawang goreng - xletak
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis
  • Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas - Liza guna pewarna kuning je..
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garan secukup rasa
  • 2 s/b rempah beriani - bancuh dgn sdkt air
  • Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar  bersama rmpah beriani tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
  2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
  3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
  5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.



Ni la rupa acar timun yg adik ipar dr Sarawak bg ari tu..rasa dia lebih kurang sama dgn acar timun masak resepi dr arwah ma...cuma yg speselnya dia tambahkan jeruk buah anggur kt dlm tu, rasa dia mmg lg 'kick' la...thnx pada Ema sbb acar ni mmg sedap dan family Kak Za suka....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...