Showing posts with label sambal /pencicah. Show all posts
Showing posts with label sambal /pencicah. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

Sambal Hitam Tomato....sedapppp sgt


Bila ada sambal ni kan, asyik bertambah je nasi..huhuhu bila la nk kurus kalau cmni






Resepi masih sama, amik dr dapur fren yg jauh nun,  Lina...timakasih fren, sambal ni mmg berantu la,hihihi








RESEPI SAMBAL HITAM TOMATO 

Bhn2:


5-7 biji buah tomato (potong baji/dadu) 
1 mangkuk ikan bilis (tumbuk/blend kasar) 
1/2 mangkuk cili padi (ikut kepedasan masing2) 
2 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal xde) 
4 labu bawang besar (dadu kasar) 
Garam dan gula/perasa 
Minyak 


Cara-Cara: 


  1. Goreng tanpa minyak buah tomato hingga layu
  2. Sementara itu kisar cili padi dan cili merah bersama sedikit minyak.
  3. Bila cili hancur, masukkan bawang besar dan kisar lagi.
  4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali yang berisi tomato tadi. Tumis sebentar.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Renjiskan sedikit kicap (jika suka warna yang lebih gelap)Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  7. Masak hingga sambal kering (Jika suka yang lembab pun boleh juga)
  8. Sejukkan dalam kuali sambil sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
  9. Dah siap, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.








Tuesday, October 3, 2017

Sambal Ikan Rebus Mangga...



 
 
 
 
Bila nampak je manga, mula la terbayang sambal nan satu ni..rasanya lama sgt tak buat sambal ni
 
RESEPI SAMBAL IKAN REBUS MANGGA
 
Bhn2:
 
10 biji ciliapi
1 ekor ikan sardin - rebus dgn garam n asam keping
Sedikit garam
1 biji manggan muda - buang kulit dan hiris halus
 
 

 
 
 



- tumbuk halus ciliapi bersama sedikit garam kasar hingga betul2 halus
- masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi hingga semuanya sebati dan halus
- akhir masukkan manga muda td dan tumbuk manja, sekadar utk meratakan semua bhn
- angkat dan hidang



Thursday, September 7, 2017

Sambal Kupang Terangkat...






 
 
RESEPI SAMBAL KUPANG / SEAFOOD

Bhn2:

500 gm kupang - bersihkan dan rebus, ambil isi shj
1 biji bawang besar * - nk guna bwg merah pun blh
2 ulas bwg pth *
6-7 s/b cili mesin
3 s/b cili sos
3 s/b tomato sos
Sdkt air asam jawa
Sdkt minyak
Garam, gula

- mesin bhn bertanda *
- panaskan sdkt minyak, tumis bhn blend dan cili mesin hingga naik bau dan sedikit garing
- masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa..
- akhir sekali masukkan isi kupang dan gaul sebati, angkat..
 


Wednesday, August 23, 2017

Sambal Jate Sedap...




Terima kasih fren Lina, Liza dah buat 2 kali dah sambal ni...mmg buat terus bnyk2, bila2 je rasa nk mkn sng..ihhii









RESEPI SAMBAL JATE SEDAP

Bhn2:

25 biji cili padi merah
2 biji cili merah
6 biji limau kasturi - buang biji
1/2 labu bawang besar Holland
1/4 cawan cuka @ secukupnya
2 s/k garam
Ajinomoto - Liza guna gula

- kisar cili padi, cili merah, limau kasturi bersama kulitnya dan bawang besar
- masukkan cuka sedikit2 hingga boleh dikisar
- kisar kasar sahaja ( JGN guna aior utk sambal tahan lebih lama )
- tuang sambal ke dlm mangkuk dan perisakan dgn garam dan gula / ajinomoto..
- sesuaikan rasa nabis dan pedas dan seimbangkan dgn rasa masam dr cuka dan limau kasturi..


* Nota dr Lina:

Kalau tak suka limau kasturi dikisar bersama kulit, blh kisar bwg dan cili2 shj, kemudian perahkan jus limau td


Tuesday, June 20, 2017

Sambal Pedas Manis Thai...




Sambal ni mmg sedap, kalau nrajin blh buat bnyk2 ye n simpan dlm fridge..bila terasa nk makan,, senang la kan..nk cicah ngn ayam goring pun sedap jugak ni..
Terima kasih Zie yg sudi berkongsi resepi marbeles ni...mmg tak puas makan..akk CnP kat sini ye










RESEPI SAMBAL PEDAS MANIS THAI

Bahan A Minyak untuk menumis (Saya guna baki minyak goreng ikan keli)

Bahan B (Di blend kasar)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
18 biji cili padi merah

Bahan C
Kicap Lemak Manis (Saya Guna Kicap Manis ABC)
1 biji Limau Kasturi (ambil Jus)
1/2 kiub Tomyam 'KNOR'
1 sudu teh gula putih
sedikit kunyit
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali (minyak lebihkan sedikit kerana kita akan masak/menggoreng sambal ini sehingga pekat).
2. Masukkan bahan blend B dan C dan masak dengan api yang perlahan sehingga pekat dan terbit minyak yang bergeledangan dalam kuali.
Lagi lama kita 'goreng' sambal ini dalam kuali lagi sedap sambal kita .


Thursday, April 6, 2017

Sambal Lado Minang..





Assalamualaikum wbt...menu yg dah lama Liza buat, istimewa utk family tersayang sbb diaorang mmg suka mkn lauk2 cmni..

Dalam bnyk2 resepi, Liza berkenan utk cuba resepi dr SINI, tq Zalekha







RESEPI SAMBAL LADO MINANG
 Bhn2:

14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah
4 biji bawang besar - dihiris nipis /dadu pun boleh
2 biji tomato segar - di dadu
1 sudu makan gula - (orang minang tak letak pun gula saya sajer letak)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Daun limau purut - Liza tambah

 Cara:
1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan air dalam 3/4 cawan blender agak kasar kemudian di tapis, air lada di buang sebab gunakan lada sahaja
2. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang yang dihiris atau di dadu hingga layu dan berbau harum, tak perlu sampai perang atau garing, masukkan lada yang ditapis tadi, balik2kan hingga agak mengaring lada ini dan naik minyak apinya biar kecil sahaja.
3. Masukkan gula, dan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun sedap jugak.  Selamat mencuba.









Masak sambal ni kena sabar ye, sebab amik masa utk bagi semua bhn lembut..tapi percayalah mmg sedap teramat.




Monday, October 31, 2016

Sambal Belacan Goreng...sedapnyaaa



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...memandangkan anak2 bercuti agak lama sempena cuti Deepavali ni, Liza rasa ramai yg ambil kesempatan utk bercuti kan...tapi macam Liza ni, yg tgh menghitung hari utk angah nk menghadapi SPM, mmg tak ke mana2 la sbb angah pun still ada tuisyen, tak pe la kan..berkorban utk masa depan, lps ni dah boleh cuti puas2...hihii

Sambal belacan ni Liza gandingkan dgn sup sayur campur ngn ikan haruan goreng, mmg bertambah2 nasi,sedapppp
Resepi ni hasil dok intai kat SINI, tq fren...macam yg Liza buat ni Liza mesin sampai lumat sbb malas nk tumbuk, hihii..boleh je nak tumbuk2 kasar cm kat SINI...






RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG

Bhn2:

10 biji cili padi 
 2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji tomato masak ranum (dadukan)
3 biji bwg merah  
1 inci belacan
garam secubit gula/perasa
sedikit minyak masak
Perahan jus limau kasturi/limau nipis

Cara-cara

- Bawang dikupas kulit kemudian potong 2 .
- Cili padi, cili merah dan cili hijau dipatah2kan 
- Panaskan minyak. masukkan bwg,cili padi,dan belacan.
- Goreng hingga agak layu (Sekejap jer)
- Terakhir sekali baru masukkan tomato goreng dalam 1min jer -Angkat dan masukkan dlm lesung/pengisar dan tumbuk lumat -Tambah garam dan perasa/gula.Perahkan jus limau nipis/limau kasturi.
- Sesuaikan rasa.

Thursday, May 19, 2016

Sambal Bilis Petai....



Assalamualaikum wbt....sekarang ni musim petai kan, apa lagi..rebutlah peluang keemasan ini,hihihi

Menu atau lauk yg dah bnyak kali Liza buat tapi nak tayang jugak sbb nk bagi korang semua terliur...hihihi
Jom tgk resepi kat bawah









RESEPI SAMBAL BILIS PETAI
Bhn2:

200gm ikan bilis - sotong atau udang pun blh
1 @ 2 papan petai - kopek dan ambil isinya
2 biji bwg besar *
1 ulas bwg Pth*
3 senduk cili mesin
Minyak
Garam
Gula, perasa
- panaskan minyak.
- mesin semua bwg dan tumiskan bersama cili mesin hingga naik bau
- masukkan bilis dan petai
- akhir sekali masukkan juga garam, gula dan perasa
- masak hingga naik minyak
- sedia dihidang





Thursday, May 5, 2016

Sambal Telur...



Ni la lauk yg akan ada kat umah ni bila dah kehabisan idea...tapi Alhamdulillah family Liza mmg suka jenis sambal2 cmni..






RESEPI SAMBAL TELUR REBUS
Bhn2:

5 biji telur rebus - potong 2 atau sebijik2 (blh digrg skjp @ biarkan camtu jer)
1 biji bawang besar - di potong nipis
1/2 sudu kecil asam jawa segera - blh ganti dgn 2 s/b sos tomato
1 sudu besar gula /lbh
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR LUMAT :

15 biji cili kering / lebih - terpulang pada selera
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm belacan - optional



- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai terbit bau wangi dan cili menjadi masak dan terbit minyak.
- Kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan bawang besar .Terus mengacau semua bahan tadi sehingga bawang besar menjadi layu.
- Masukkan semua telur dalam sambal tadi dan terus mengacau semua bahan secara perlahan-lahan supaya sambal meliputi seluruh pemukaan telur , jika kurang masin tambah la garam lagi , tak perlu masak telur ni terlalu lama.

- Bila dah cukup mesra dan cukup rasanya, blh la hidang yer....
 
 





Tuesday, April 19, 2016

Sambal Hitam Tomato ...Pembuka Selera








Assalamualaikum wbt...dah lama nk try resepi sambal tomato ni, tapi baru hari ni kesampaian...Alhamdulillah mmg sedap seperti yg diperkatakan,tak sabar nk  makan nasi nnt,hihihi
Terima kasih pada sahabat yg jauh di Penang nun  Lina sbb menghebahkan kesedapan sambal ni,hihii
Resepi kat bawah ni pun Liza CnP je ye fren,tq







RESEPI SAMBAL HITAM TOMATO

Bhn2:


5-7 biji buah tomato (potong baji/dadu)
1 mangkuk ikan bilis (tumbuk/blend kasar) 
1/2 mangkuk cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
4 labu bawang besar (dadu kasar)
Garam dan gula/perasa
Minyak


Cara-Cara:


  1. Goreng tanpa minyak buah tomato hingga layu
  2. Sementara itu kisar cili padi dan cili merah bersama sedikit minyak.
  3. Bila cili hancur, masukkan bawang besar dan kisar lagi.
  4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali yang berisi tomato tadi. Tumis sebentar.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Renjiskan sedikit kicap (jika suka warna yang lebih gelap)Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  7. Masak hingga sambal kering (Jika suka yang lembab pun boleh juga)
  8. Sejukkan dalam kuali sambil sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
  9. Dah siap, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
 
 






Friday, February 27, 2015

Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang....



Masa g pasar ari tu, Nampak ramai pulok yg jual belimbing buluh ni, dan2 tu jugak telan air liur teringatkan kesedapan sambal hitam yg buat hari tu...jadi dgn langkah yg lemah gemalai terus menuju kat makcik yg jual belimbing ni, beli dalam 2 piring RM4, dapat banyak la jugak,alhamdulillah ...dalam hati dah berkira2 nk buat stok sambal hitam ni...ihihi

Macam hari tu jugak, Liza masih menggunakan resepi peberet dr Kak Madihaa ni, kena dengan selera kami ..thnx kak




RESEPI SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH PAHANG

Bhn2:
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
Minyak - utk menumis


1- Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2( Liza gunakan dlm 20 biji). Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.

4. Sambal ini boleh disimpan lama..

Friday, October 31, 2014

Sambal Getuk / Sambal Ketuk...


Assalamualaikum wbt ...sambal getuk ni Liza buat semalam gara2 tgk Sari dok post dia mkn lempeng cicah ngn sambal getuk ni...alkisahnya sambal ni mmg pemes kt Johor ye, terutamanya bg org2 Jawa...kalau Liza silap, tlg perbetulkan ye...

So, bermulalah episode menggooggle utk cari resepi sambal yg tak pernah Liza makan seumur hidup...agak susah jugak nk tentukan rasa tu sbb mmg tak pernah tgk dan tak pernah makan kan, jadi buat ikut selera je la....hihihii



Dalam banyak2 resepi, Liza berkenan dgn resepi dr mmber blogger ni tapi Liza mintak maaf bnyak2 ye sbb Liza tak dapat nk link kan, Liza lupa nak tulis siapakah gerangan empunya resepi ni....mintak maaf bnyak2 ye dan izinkan Liza share resepi ni kat sini pulak ye..

Dari pengamatan Liza, blogger ni mmg biasa makan sambal ni sbb ada jugak disertakan resepi yg biasa arwah nenek dia buat...terima kasih bnyk2 ye..




RESEPI SAMBAL GETUK VERSI SIMPLE

Bhn2:

Segenggam cili api - buang batang dan bersihkan
Segenggam ikan bilis / lebih - bersihkan
Sebiji bawang putih - optional
Sedikit minyak

- panaskan minyak dan goring semua bhn hingga bwg dan cili layu.
- keluarkan dan tumbuk didalam lesung..( buat mcm sambal belacan )

RESEPI SAMBAL GETUK VERSI ARWAH NENEK

Bhn2:

Segenggam cili api + 7 biji cili hijau
1 biji bawang besar- mayang
3biji bawang putih - hiris
Sedikit belacan
Segenggan ikan bilis
Sedikit asam jawa (buang biji) - Liza guna jus limau kasturi
Sedikit minyak

- panaskan minyak dan goreng semua bhn hingga layu.(Liza goreng asing2), minyak lebihan jgn dibuang...
- keluarkan dan tumbuk seperti sambal belacan.
- masukkan sedikit minyak lebihan td dan gaul rata..
- siappp

* kalau diperhatikan sambal getuk ni mmg tak de guna sebarang perisa kan macam garam atau gula..mula2 Liza confius jugak tapi hentam aje la labu...ikut je la resepi ni, tapi anak Liza cakap tawar sikit, hubby cakap dah ok...apa2 pun terpulang lah ye..Liza pun tak tau jugak....hihihii



Thursday, October 9, 2014

Sambal Hitam Pahang....



Assalamualaikum wbt...kali ni nk share sambal hitam yg Liza buat 2 hari lepas, fuyoooo memang terangkat..sedap sangat pada selera family Liza...sebenarnya Liza tak pernah tengok pun rupa sambal hitam yg original,dan tak pernah rasa pun...tak tau lah sambal ni terlebih hitam atau memang cmni rupa dia...hihii

Apa2 pun terima kasih yg tak terhingga pada Cikgu Noraini yg bagi belimbing buluh hari tu, banyak sangat sehinggalah tercetusnya nk buat sambal hitam ni, ye la kalau tidak membazir je kan...

Dan terima kasih jugak pada kak Madihaa atas perkongsian resepi dr mertuanya..




RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

Bhn2:
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
Minyak - utk menumis


1- Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2( Liza gunakan dlm 20 biji). Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.
4. Sambal ini boleh disimpan lama..
 
 
 

Monday, April 30, 2012

Pes Sambal.....


Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua....pes sambal ni Liza dapat dr akak yg jual nasi lemak...nasi lemak dia kan mmg pemes la kat area sini, biasanya dia buka gerai ptg...tp sekejap jer dah licin, kalau pergi lambat alamat tgk bekas kosong je la....

So, ari tu sajer la ngendeng2 kat akk ni cmner dia buat sambal bilis, diapun cakap akk buat cm biasa jer, cuma akk masak mmg lama...lepas2 tu diapun bg la resepi ni....nak tau, moh kita tgk...

RESEPI PES SAMBAL

Bhn2:

3 - 4 biji bwg besar - kisar
4 senduk cili mesin
Segenggam ikan bilis - kisar
Garam, gula dan serbuk perasa
Air asam jawa secukupnya

- tumis bhn kisar dan cili mesin hingga naik bau.
- masukkan garam, gula dan serbuk perasa, air asam jawa dan kacau sebati.
- masak dgn api perlahan hingga sambal pecah minyak dan sedikit pekat..dlm lebih kurang 1 jam.

Thursday, April 5, 2012

Sambal Bilis Petai....


                     Perghhhhh...terliur tak, kalau terliur g cari petai cepat, pastu buat...hihihihi

RESEPI SAMBAL BILIS PETAI

Bhn2:

200gm ikan bilis - sotong atau udang pun blh
1 @ 2 papan petai - kopek dan ambil isinya
2 biji bwg besar *
1 ulas bwg Pth*
3 senduk cili mesin
Minyak
Garam
Gula, perasa
- panaskan minyak.
- mesin semua bwg dan tumiskan bersama cili mesin hingga naik bau
- masukkan bilis dan petai
- akhir sekali masukkan juga garam, gula dan perasa
- masak hingga naik minyak
- sedia dihidang

Tuesday, April 3, 2012

Sambal Belacan yg takde belacan....


Sebenarnya kan cik hubby Liza mmg allergic sgt ngn belacan....so kalau nk mkn jugak sambal macam sambal belacan, Liza akan skip la belacan tu..mgkn rasa tak sama tp bg kitaorg rasanya tetap sedap...

RESEPI SAMBAL BELACAN LIZA

Bhn2:

5 biji cili merah
6-8 biji cili api
2 ulas bwg merah - dibakar dgn kulit
1 ulas bwg pth - dibakar dgn kulit
Belacan bakar - yg ni Liza skip
Jus limau nipis/ limau kasturi - agak2
Garam, serbuk perasa dan gula
1/2 biji bawang besar - cincang halus
1 biji tomato - cincang halus

- buang kulit bwg yg telah dibakar td.
- masukkan cili merah, cili api dan bwg bakar bersama jus limau kedlm pengisar...jus limau tu kita letak biar blender tu blh bergerak ye...kena pandai agak2 la..kalau guna belacan, kita mesinkan sekali yer...
- mesin jgn terlalu halus, angkat dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- masukkan juga bwg besar dan tomato yg dihiris td..

Monday, April 2, 2012

Roti Arab dan Kuah Kari Dhall...


Resepi roti arab yg Liza amik dr dapur Kak Hanieliza yg pemes tu...jom kita tgk resepi yer...


RESEPI ROTI ARAB

Bhn2:
500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam

250 ml air suam
6 s/b shortening/lemak sayur..(warna putih)

Cara
1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
10. Angkat dan hidangkan dengan kari ayam atau daging.


Liza makan dengan kuah kari dhal dan sambal bilis....sedapp sangat gandingan tu...kalau sendiri tak puji, sape lagi yg nak puji, kan...ekekekekekeke


Resepi kari dhal ni kan, Liza skodeng dr umah Madiha...mmg best dan menepati selera kami sefamily....thnx yer pada Kak Hanieliza n Madiha atas resepi2 yg mmg marbeles....

RESEPI KUAH KARI DHAL

Bhn2:

1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk)
1 cawan ayam ~ dipotong kecik2 (bahagian tulang2 pun takpe just utk maniskan kuah aje.. kalu nak masukkan isi2 pun tak salah)
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci
1 batang carrot ~ potong ikut suka
2 biji ubi kentang - potong 4
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
1s/k rempah campur - Liza tambah
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya utk kuah
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Rebuskan kacang dhal yg direndam tadi hingga kembang & agak2 nampak nak pecah sikit.
2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris dan rempah campur hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah2 tadi. Kacau rata dan biar wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau kejap pastu masukkan air. Biar ayam masak sekejap.
4. Biar mendidih & last sekali masukkan bahan2 ini dalam periuk kacang dhal yg direbus tadi, cili kering goreng, lobak merah,ubi kentang & juga kacang panjang. Masukkan garam & perasa secukupnya & biar mereneh ikut kepekatan yg anda suka. (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)
5. Siap utk dihidangkan dengan puri, chapati, roti saj ataupun roti canai what ever u like...

Sunday, March 25, 2012

Pari Bakar Cicah Air Asam....

Resepi air asam yg lain dr yg lain...jugak dr arwah ma, ni la cara air asam yg arwah selalu buat...moh kita tgk yer...


RESEPI PARI CICAH AIR ASAM

Bhn2:

Ikan pari / lain2 - bakar
6 biji cili api -tumbuk
1 btg serai - tumbuk
1s/b cuka
Garam, perasa
Air masak



- gaulkan bhn tumbuk bersama cuka, garam dan serbuk perasa.
- masukkan air secukupnya, tp jgn terlampau cair yer, agak pekat sikit.
- bila rasa tu dah sebati, boleh la terus hidang ngan ikan bakar td.

Wednesday, January 4, 2012

Kuah Kacang Daging....

Assalamualaikum dan salam sayang semua...ari ni 4 Jan 2012, maknanya hari pertama persekolahan bg thn ni....mesti semua tgh sibuk melayan anak2 yg nk g sekolah kan...maklumlah dah lama cuti, mst liat sikit nk bgn g sekolah.....hihihihi

Semalam pun dh hntar abg ke Seremban, ada ke dia cakap,' nape la cuti ni kejap sgt, tak boleh ke bg lama sikit'....issshhh bdk ni, ada ke macam tu?

Ok lah jom kita tgk kuah kacang daging yg Liza buat hr tu...sebenarnya ni first time Liza buat kuah kacang yg ada dgg....so, cm biasa lah g geledah dapur org, takut2 ada yg berkenan....akhirnya Liza jumpa satu resepi yg agak berkenan kat dapur Rempah Ratus....terima kasih yer Zalinah iaitu tuan punya resepi...



 RESEPI KUAH KACANG DAGING

Bhn2:

10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in lengkuas*
3 batang serai*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih*
4 biji buah keras* ( Semua bahan*dikisar)
2 cawan cili kisar
Air secukupnya
1 kg daging dipotong kecil
1 kg kacang tanah digoreng dan dikisar
Air asam jawa
Sedikit gula merah
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging dan air. Masak hingga daging empuk.
Masukkan kacang tanah goreng yang dikisar dan kacau hingga mendidih.
Masukkan air asam jawa, gula merah, garam dan gula. kacau hingga naik minyak
Sedia dihidang.


         Memang sedap mkn dgn nasi impit....anak2 Liza pun suka...try la, tunggu ape agi.....hihihhi





Friday, November 4, 2011

Menu Masakan Kampung jer...


Menu lunch kitaorg semalam..ada sayur lemak pucuk paku, ikan bakar dgn kicap dan sambal mangga dan yg kat bawah tu org kelate panggil kulat sisir ...kat sini tak tau la pulak org panggil kulat apa...tp biasanya akan banyak time2 hujan cmni...tp punya la mahal kulat tu sekarang,satu piring kecik jer dah 2 henggit...tp disebabkan dh lama tak mkn, beli jugak la...

Semalam anak2 Liza semua tak nak mkn, diaorg ingat kulat ni macam serangga terbang....hissshhh ape diaorg ingat mak diaorg ni alien ke nk mkn benda2 terbang....mmg kelakor betul la smlm, terpaksa lah kitaorg xplain dgn pjg lebar...bru diaorg nk rasa sikit....macam2 diaorg ni...

So pada sesape yg agak2 tu xkenal kulat ni mcm  anak2 Liza , kat bawah ni ada rupa kulat tu...


Haaa tu dia dah mai....hihii...Liza grg kulat ni ikut stail arwah ma...mmg kulat ni agak cerewet sikit nk masak sbb kena bersihkan betul2...Liza rendam dgn air garam dlm 15 minit, bru toskan dan buang segala kotoran yg melekat kat celah2 dia tu....jom tgk cara Liza grg kulat ni...



RESEPI KULAT SISIR GORENG

Bhn2

Kulat - bersihkan dan tumbuk kasar
Bwg merah
Bwg pth
Cili mesin
Telur
Garam,srbk perasa
Minyak

- tumbuk bwg merah dan bwg pth hingga lumat.
- panaskan minyak, grg kulat sebentar. hingga kering airnya.
- masukkan bhn tumbuk dan cili kisar, masak hingga naik bau.
- perasakan dgn garam dan srbk perasa.
- pecahkan telur dan gaul sebati.
- bila dh sebati, tutup api dan angkat.



Ikan bakar ni pulak Liza mkn dgn kicap dan sambal mangga..cmner Liza buat sambal mangga, jom kita tgk..

SAMBAL MANGGA

Bhn2

Cili merah
Cili api
Mangga muda - cincang kasar
Garam, srbk perasa

- tumbuk kedua2 cili  hingga lumat.
- masukkan garam dan serbuk perasa, gaul sebati
- masukkan juga mangga muda yg dicincang kasar.
- gaul sebati dan siap...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...