Showing posts with label otak otak. Show all posts
Showing posts with label otak otak. Show all posts
Tuesday, November 26, 2013
Burger Otak Otak...
Ni lah hasilnya burger otak otak yg Liza buat, terangkat habis..kalau sape yg nak buat popia otak2 pun boleh jugak dr resepi otak otak yg Liza buat hari tu..jom kita tgk
RESEPI OTAK OTAK TENGGIRI
Bhn2:3 keping ikan tenggiri atau ikan merah ~ diambil isinya sahaja dan dicincang halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 batang cili merah ~ dibuang biji dan dikisar halus
5 tangkai cili kering ~ direndam hingga lembut dan dikisar halus
4 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
3 biji buah keras ~ dikisar
1 cm halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 cm kunyit hidup ~ dikisar
175 ml pati santan
garam secukup rasa
1 kiub ikan ~ ita tambah- Liza tak letak
20 helai daun kelapa ~ ita gantikan dengan daun pisang
Lidi secukupnya
Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.
Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya
Tunggu sehingga kuah sejuk
Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi
Sudukan ramuan ke atas daun kelapa atau daun pisang
Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya
Gril sehingga masak
Hidangkan bersama hirisan limau nipis dan sambal belacan dan makan bersama nasi panas.
- Liza buat bentuk dgg burger, bulat2kan dan leperkan sikit..
Monday, November 18, 2013
Otak Otak Tenggiri....
Ni la first time Liza buat sendiri otak otak ni, tu pun sbb angah mmg suka sgt makan otak otak ni, pantang dia jumpa org jual otak otak mst dia suruh beli..tapi dlm bnyak2 tempat yg kitaorg mkn, kat Umbailah yg paling menepati selera, katanya kat sana otak otak dr Kempas..
Hari tu kebetulan bnyk ikan tenggiri yg hubby beli, jadi terlintas lah nk buat otak otak ni, tapi sebenarnya risau jugak takut tak sama dgn rasa yg diharapkan..dlm bnyak2 resepi ni Liza terberkenan dgn resepi otak otak dr dapur Kak Ita, terima kasih kak...
RESEPI OTAK OTAK TENGGIRI
Bhn2:
3 keping ikan tenggiri atau ikan merah ~ diambil isinya sahaja dan dicincang halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 batang cili merah ~ dibuang biji dan dikisar halus
5 tangkai cili kering ~ direndam hingga lembut dan dikisar halus
4 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
3 biji buah keras ~ dikisar
1 cm halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 cm kunyit hidup ~ dikisar
175 ml pati santan
garam secukup rasa
1 kiub ikan ~ ita tambah- Liza tak letak
20 helai daun kelapa ~ ita gantikan dengan daun pisang
Lidi secukupnya
Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.
Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya
Tunggu sehingga kuah sejuk
Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi
Sudukan ramuan ke atas daun kelapa atau daun pisang
Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya
Gril sehingga masak
Hidangkan bersama hirisan limau nipis dan sambal belacan dan makan bersama nasi panas.
Liza pun buat burger otak otak dr bhn2 yg sama...hubby ngn angah cukup suka dgn rasa otak otak ni, sedap, itulah komen dr diaorg...terima kasih sekali lg Kak Ita...
Saturday, October 20, 2012
Otak Otak Sardin....
Ni resepi yg Liza ambik dr MyR, thnx Kak Fida...mmg sedap mkn dgn nasi sbb rasa dia ala2 rendang gitu...
RESEPI OTAK OTAK SARDIN
Bhn2:
- 1 tin besar sardin(425g) - dilecek bersama sosnya sekali.
- 10-15 tangkai cili kering*
- 10-12 ulas bawang merah*
- 6 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 3 batang serai*
- 4 biji buah keras*
- 2 sb rempah kari ikan/daging
- 2 biji telur
- 1/2 cawan santan pekat
- 5-6 helai daun limau purut - dihiris halus
- 1 sb air limau kasturi
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak untuk menumis
- secukup daun pisang dipotong 10x13 cm dan bersihkan
- secukup lidi atau stapler utk menyemat daun pisang
Cara-cara
- Daun pisang dijadikan seperti mangkuk2 kecil dan ketepikan.
- Kisar bahan2 yg bertanda * hingga halus.Panaskan minyak di dlm kuali dan tumis bahan kisar dan rempah kari hingga wangi dan masukkan santan,garam dan gula secukup rasa.Masukkan pula telur,daun limau dan kacau rata lalu masukkan sardin lecek dan gaul hingga sebati.Masak hingga pekat dan masukkan jus limau.Matikan api.
- Bubuh adunan otak2 ke dlm mangkuk2 daun pisang.Buat hingga habis dan susun di dlm loyang.Kukus hingga 15 min. di dlm kukusan yg telah dipanaskan dulu. - Liza bakar 10 minit
- Siap untuk dihidangkan.
- ***Otak2 sardin ini dh terasa pedasnya...tapi pd yg suka lebih pedas boleh tambah hirisan cili merah atau cili padi dlm step no. 2,ikut selera masing2...
Subscribe to:
Posts (Atom)