Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts
Monday, December 11, 2017
Sosej n Scrambled Egg Sandwic...
Bila semuanya perlu diuruskan sendiri, kita akan mnjadi seorang yg kreatif..percaya lah
Ye la, takkan nk ulang mkn bnda yg sama je kan...bkn family je yg boring nnt, kita sebagai chef pun dah tentu2 lagi boring,ihhii
Satu lagi, kita kena tau, masakan ni meluas dan kreatif..campak je la apa yg kita rasa nak campak, dan at the ending yg campak2 tu la akan jadi resepi wowwww...tak caya cuba campak sekarang, kikiki
SOSEJ N SCRAMBLED EGG SANDWIC
Bhn2:
3 biji telur
2 batang sosej - potong halus
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Sedikit susu segar
Butter
- panaskan butter di dlm pan non stick
- kocok telur, campurkan susu segar, garam dan serbuk lada hitam
- masukkan sosej dan gaul sebati
- tuang adunan ke dlm pan td dan kacau2 manja
- bila telur dah masak, angkat dan boleh dihidang bersama sos dan roti kegemaran
* kali ni Liza guna roti ciabatta sourdough*
Kaswi Pandan Wangiii..
Assalamualaikum wbt...kuih ni Liza buat minggu lepas lepas tgk ramai rakan IG yg buat...jadi kali ni Liza cuba resepi dr Kirah, juga rakan IG...terima kasih ye Kirah, senang dan sedap kuih ni
RESEPI KASWI PANDAN
Bhn2:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
11/4 cawan gula
1 cawan jus pandan - ( blend 1 cawan air bersama 8 helai daun pandan)
3 cawan air
1/4 s/k kapur
Bhn Gaul:
Kelapa parut putih
Sedikit garam
- panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada Loyang ( Liza alas dgn plastic)
- bancuh kapur dgn sedikit air ( dr 3 cawan air td), campurkan dgn semua bhn2 dan kacau sebati
- tapiskan ke dlm Loyang dan kukus selama 25-30 minit
- balut penutup kukusan dgn kain
- sejukkan dan potong
- gaul bersama kelapa parut yg telah digaul sedikit garam
- sedia dinikmati
* kelapa parut tu boleh dikukus sekejap utk bg tahan lama*
Wednesday, November 29, 2017
Ambon..
Assalamualaikum wbt...dah lama rasanya tak buat ambon atau apam klate ni, dah banyak sgt list menu yg nk try kan,hihii
Nak buat ambon ni bknnya susah pun, cuma kena faham teknik yg betul..cuma kena pukul telur tu sampai kembang macam kita nak buat bahulu, kalau tak mmg la apam ni akan jadi bantat
Tak perlu nk letak baking powder atau ovalette , sbb apam ni mmg dah lembut sgt
Resepi ni dr arwah ma dan mmg Liza selalu guna, gunalah cawan atau mangkuk apa pun, jnji semua bhn disukat menggunakan cawan atau mangkuk yg sama, faham kan...
RESEPI AMBON
Bhn2:
1 cawan telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1s/t esen vanila/ esen ros - utk hilangkan bau telur
- panaskan dulu kukusan.
- pukul telur dan gula hingga betul2 kembang, sampai warna putih yer..pastu masukkan esen.
- perlahankan speed dan masukkan tepung, gaul sebati.
- bahagi adunan kpd 2 bhgn, 1 bhgn warna merah dan 1 bhgn warna asal.
- masukkan ke dlm loyang secara selang seli warna.
- kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit.
- sejukkan dan bolehlah dipotong...
Monday, November 20, 2017
French Toast Nutella n Banana...
Menu breakfast yg sentiasa jadi fav anak2...roti ni Liza guna roti sourdough ni, sedapppp
Rasanya semua orang tau nk buat French toast ni kan
FRENCH TOAST NUTELLA N BANANA ( 2 SET )
4 keping roti sandwich
Nutella secukupnya
Pisang - potong kecil
Sebiji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 s/b gula
Cinnamon powder - optional
Sedikit butter
- sapu nutella pada setiap keping roti
- susun pisang diatasnya dan tutup dgn sekeping lagi
- pecahkan telur ke dlm mangkuk dan whisk kjp, campur dgn susu segar , cinnamon powder dan gula..kacau sebati
- mabil pan dan masukkan butter, biar hingga butter cair
- celup roti td ke dlm adunan telur dan letak di atas butter yg telah cair tadi, guna api sederhana shj
- masak hingga kedua2 belah roti menjadi kekuningan
- angkat dan boleh hiaskan dgn snow powder sblm dihidangkan
* Boleh guna apa saja bhn dan filling yg kita suka *
Thursday, November 16, 2017
Cucur Durian Lembut...
Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali..sekarang ni muim durian, sana sini ada orang jual durian...harga pun ada yg ok dan ada yg kadang rasa tak logic..dan kita sebagai pengguna, gunalah hak kita dgn bijak
Durian ni pun hubby beli kat Selayang RM18 sekilo, tu baru durian kampong, kalau durian lain, tak tau lah ..dulu pernah Tanya harga utk durian Musang King, katanya RM120 sekilo...huhhh terus cancel, melampau sangat harga durian sekarang kan..
Berbalik pada durian yg hubby beli ni, ari tu ada lebih lps makan pulut durian, maka buat lah cucur ni ..lagipun family mmg suka dgn cucur ni
RESEPI CUCUR DURIAN LEMBUT
Bhn2:
1 cawan isi durian1/2 cwn gula @ lebih - terpulang pd citarasa msg2
1 cwn tepung gandum @ lebih
1 s/t baking powder
1 biji telurMinyak utk menggoreng
- satukan isi durian dan gula.
- masukkan baking powder, tepung gandum sdkt2, telur... agak2 adunan xcair dan xkeras sgt.
- panaskan minyak, ambil sudu dan celupkan ke dlm minyak panas td utk elak tpg melekat pd sudu.
- guna sudu td dan ambil sejemput adunan kecil dan grg..( adunan akan mengembang bila digrg).
- bila dah keperangan blh la diangkat...
Tuesday, October 31, 2017
Ciabatta Sandwic..
Sandwic ni dah lama Liza buat, cuma baru berkesempatan utk share kat sini..roti ciabatta tu Liza gunakan resepi dr SINI, Alhamdulillah anak2 semakin dapat terima roti2 dr sourdough ni
Kali ni Liza cuma nk share filling sandwich ni je..kali ni Liza guna leftoever ayam panggang, letak cheese, tomato, salad dan sos thai serta sos thousand island, wallaaaa..
Nak sandwich kita lagi sedap, sebelum letak apa2 filling tu, sapu roti dgn butter dan bakar kejap
Kat bawah ni Liza sertakan resepi ayam panggang yg Liza buat ari tu dan yg Liza gunakan utk filling sandwich ni..
SIMPLE ROASTED CHICKEN
Bhn2:
Seekor ayam- bersihkan dan cucuk2 sikit
Bwg putih
Bwg besar
Lada hitam
Cajun
Fresh rosemary
Garam, gula secukup rasa
- Bwg besar, bwg putih dan ladahitam dimesin halus
- campurkan bersama Cajun, rosemary, garam dan gula dan sebatikan
- perap bersama ayam semalaman atau 3-4 jam
- sedia dipanggang
* sukatan bhn2 di atas tu terpulang pada masing2 ye
Labels:
ayam /itik,
breakfast,
roti,
sandwic,
sourdough bread
Tuesday, October 24, 2017
Apam Salju / Apam Nasi..
Memang dah lama sgt tak buat apam ni, sampai dah lupa kesedapannya,hihii...bila buat ni semua cakap dh lama umi tak buat apam ni..iya laa
APAM SALJU / APAM NASI
Bhn2
2 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg gndum
2 cwn tpg beras
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
2 1/2cwn air
2 cm/teh yis segera
kelapa parut & secubit garam - gaul (utk kelapa tahan lebih lama, kukus sekejap)
- kisar nasi bersama air , tuang air sdkt demi sdkt.
- masukkan gula perang dan gula pasir & kisar lg hingga sebati
- dlm sat bekas lain , campurkan kedua2 tpg dan yis dan gaul rata
- tuang bhn2 kisar td kedlam bekas tepung dan gaul hingga sebati
- tutup bekas dan perap adunan selama 3 jam
- panaskan kukusan, sapu acuan dgn sdkt minyak mkn
- sudukan adunan apam dan kukus selama 15 min.
Wednesday, October 18, 2017
Sourdough Pita Bread...
Bila dah feeding starter mulalah dok piker nak buat apa dgn baby yg satu ni..maka try lah buat roti pita ni memandangkan tak pernah lagi buat roti ni
Alhamdulillah, sedap n lembut
SOURDOUGH PITA BREAD
Bhn2
200gm sourdough starter
250gm tepung gandum
20gm gula
1/2 s/k garam
2 s/b minyak zaitun
80 - 100ml air (letak sikit2)
- campurkan semua bhn dan uli hingga elastic dan licin
- bulatkan dan biar naik 2 kali ganda (2-3 jam)
- bahagikan doh kpd 11 bhgn dgn berat 50gm setiap satu, rehatkan doh selama 1 jam ( tutup dgn kitchen towel )
- panaskan baking stone 250C / 230C
- ambil sebiji doh , leperkan dgn penggelek dan tabor dgn sedikit tepungutk elak melekat...pada satu masa, leperkan doh dlm 3 @ 4 biji SAHAJA ikut saiz baking stone / tray.
- setelah siap terus bakar, bakar pada rak paling atas dlm oven
- roti akan menggelembung pada2 minit pertama dan balikkan, dan bakar lagi 4 minit
- keluarkan dr oven dan bakar lagi sehingga habis semua doh yg telah dileperkan.
# boleh guna baking tray biasa tapi kena pastikan tray betul2 panas sebelum diletakkan roti, ini akan membantu roti menggelembung dgn elok dan cantik.
# Liza mula pkl 10 pagi dan bakar pada pkl 2.15 ptg
# Liza timbang doh 56 gm dan dapat 10 biji roti.
Roti pita ni juga Liza buatkan pizza
Tuesday, October 17, 2017
Roti Sardin..Siappp
Masih setia dgn resepi roti canai yg ni, dah banyak kali Liza buat dan hasilnya mmg memuaskan hati..
Bila adik minta buatkan roti canai milo, maka bermulalah tarik menarik doh atas dulang,hihiihi
Tapi yg versi sardin ni mestilah utk umi, sedapp n lembut doh roti ni
RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE
Bhn2:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 hingga 1 1/2 cawan air
- 1 sudu besar marjerin
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
- Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
- Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
- Campur minyak masak
- Campur marjerin
- Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
- Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
- Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)
- Tinggalkan selama 2 jam.
- Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
- Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
Monday, October 9, 2017
Chicken Quesadilla...
Walaupun nama yg berbeza, tapi basic dia sama je..semuanya dr tortilla..kalau selalu Liza buat wrap atau gulung tapi kali ni Liza buat versi cmni yg org panggil quesadilla
Nak letak lauk apa pun terpulang pada citarasa, kali ni Liza ltk lauk yg mmg selalu Liza buat mcm kat bawah
RESEPI TORTILLA GULUNG AYAM BERKEJU / QUESADILLA
Bhn2:
Beberapa keping roti tortilla readymade -kali ni guna tortilla SD homemade
Lebihan ayam goreng ( ayam bakar pun boleh)- potong kecil
Mayonis
Timun - potong kecil
Tomato - potong kecil
Cheddar cheese secukupnya
- masukkan ayam, timun dan tomato hiris ke dlm mangkuk dan gaulkan dgn mayonis secukupnya..
- ambil sekeping tortilla dan letakkan sekeping keju dan inti td di atasnya, ..
- gulung tortilla tersebut dan buat sehingga habis..
- panaskan pan dan bakar tortilla sekejap hingga keju cair..
- sedia dihidang ...
Kalau nak letak sikit sos thai pun boleh, lagi ummmppphh..
Tuesday, October 3, 2017
Roti Bakar Lemak Berkrim dan Berkeju...
Bila dah ketandusan idea mulalah keluar macam2 idea yg pelik2,hihi
Ni pun sbb nk perabiskan stok roti, maka terhasillah roti bakar ni
Sedap dgn rasa manis dan rasa masin dr cheese, gabungan yg perfect
ROTI BAKAR LEMAK BERKRIM DAN BERKEJU
Bhn2:
Roti sandwich
Susu pekat manis secukupnya - utk sapu pada roti
Beberapa keeping cheddar cheese
Butter
- ambil sekeping roti, sapu dgn susu pekat secukupnya
- letakkan sekeping cheddar cheese dan tutup dgn sekeping roti lagi
- sapu permukaan roti dgn butter dan toastkan skjp hingga perang
- balikkan roti dan masak sebelah lagi hingga perang dan cheese mencair.
- angkat dan sedia dihidang
Wednesday, September 27, 2017
Kroket / Croquette..
Haritu ternampak rakan IG Aida asyik dok upload gmbr kroket ni..jadi kebetulan hari tu semua bhn2 ada , jadi on je la projek kroket ni utk minum ptg
Alhamdulillah mmg terlajak sedap, hubby n anak2 mkn berulang2 , mmg cnfirm kena buat lagi lps ni,hihii
RESEPI KROKET
Bhn2:
3 ulas bawang putih
2 keping dada ayam - cincang halus
100 ml susu segar
4 s/makan tepung gandum
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
500gm ubi kentang - rebus / goreng empuk dan lenyek
1/3 buku Cheddar parut
Daun sup
Carrot
- campurkan semua bhn dan bentukkan ikut selera, samada bulat atau lonjong
- celupkan ke dlm telur dan salut dgn breadcrumbs
- goring hingga keemasan
- boleh juga difrozenkan
* lauk ataus sayuran terpulang pada selera masing2
Thursday, September 7, 2017
Kuih Boom Bijan Nyonya Style ...Lagiiii
Dah banyak kali Liza buat kuih ni guna resepi yg sama sbb yang penting sdp dan tak meletop masa goreng..kalau tak caya, meh cuba resepi ni
RESEPI KUIH BOOM BIJAN NYONYA STYLE
Bhn2:
3 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
2 s/b gula
11/3 cawan air suam
Inti kacang merah
Bijan secukupnya
- air suam dan gula disatukan, kacau sebati..
- tepung dicampur dan masukkan air gula sedikit2, gaul sebati..
- ambil sedikit adunan tepung dan masukkan inti kacang merah, bulat2kan
- gaul dan golekkan ke dlam bijan, tekan2 sikit agar bijan melekat elok
- goreng hingga keemasan
PETUA*
- air suam utk menghasilkan kandungan kuih yg rangup diluar dan lembut didlm.
- tepung gandum utk mengelakkan kuih dr meletup ketika digoreng serta kuih akan jd lembut
Roti Berinti Kentang...
Ni kes nk perabis stok roti burger homemade..piker punya piker nak buat patty burger, rasa malas...so apalagi, defrostkan inti karipap n terjadilah roti ni..selalu buat guna roti hotdog ala2 roti john tu
ROTI BERINTI KENTANG
Bhn2:
Roti hotdog - belah 2
Telur secukupnya - dikocok
Inti karipap
Sedikit butter
- satukan telur kocok dgn inti karipap yg diperlukan.
- panaskan butter, letak telur + inti karipap td secara memanjang ( ikut bentuk roti) dan terus letak roti hotdog diatasnya..
- masak hingga telur + inti masak dan roti sedikit garing, balikkan..
- bakar sekejap shj dibhgn luar..
- angkat dan sedia dihidang..
* blh jugak dipicit mayonis atau sos cili atau sos blackpepper..tp Liza suka mkn cmtu je, dah cukup rasa...
Telur secukupnya - dikocok
Inti karipap
Sedikit butter
- satukan telur kocok dgn inti karipap yg diperlukan.
- panaskan butter, letak telur + inti karipap td secara memanjang ( ikut bentuk roti) dan terus letak roti hotdog diatasnya..
- masak hingga telur + inti masak dan roti sedikit garing, balikkan..
- bakar sekejap shj dibhgn luar..
- angkat dan sedia dihidang..
* blh jugak dipicit mayonis atau sos cili atau sos blackpepper..tp Liza suka mkn cmtu je, dah cukup rasa...
Utk resepi inti karipap bonda tu, blh klik SINI
BBQ Chicken Burrito...
Bila dah ada stok tortilla ni, otak pun ligat je dok piker idea nk masak,hihii
Tapi menu ni mmg selalu Liza buat utk breakfast anak2 sbb diaorang mmg happy sgt mkn cmni, dan yg paling penting, Liza dapat selitkan sayur kat dalam tu,hihii
Kali ni Liza gunakan sos BBQ readymade je utk gaul ngn ayam panggang leftover ari tu, sng kan
BBQ CHICKEN BURRITO
Bhn2:
Beberapa keping tortilla
Isi ayam panggang leftover
Sos BBQ - Liza guna jenama Heinz
Tomato - dadu
Timun - dadu
Salad - potong nipis
Mayonis
- panaskan tortilla skjp utk melembutkan dan menyenagkan utk balut nnt
- sapu dgn mayonis diseluruh kulit
- letak sayuran dahulu, kemudian diikuti dgn isi ayam yg telah digaul dgn bbq sos
- balut atau gulung kemas
- sedia dinikmati
- sedapppp
Thursday, August 10, 2017
Roti John Sedap Meleleh....
Assalamualaikum wbt...kalau dulu2 rasanya macam tak berapa pandai buat roti john cmni, tapi bila dah pernah beli sekali dan sedap sgt, mula la intai cara diaorang buat
Dan hasil dr tgk TV jugak bnyk mempengaruhi cara masakan Liza skrg, yg tu mmg Liza mengaku,hihii
Hasilnya mmg wow, sedap dan sangat berpuashati ...kenyang dgn segala sayuran kat dalam tu, anak2 pun tak boleh mengelat tak nak makan sayur,hihii
RESEPI ROTI JOHN SEDAP MELELEH
Bhn2:
5 ketul roti hotdog - belah tengah
3 biji telur - dipukul sekejap
Inti kari ayam / dgg secukupnya
Mentega / marjerin
Kobis - hiris nipis
Carrot - hiris nipis
Sos cili, mayonis, sos lada hitam - optional
- masukkan inti kari ke dlm telur yg dipukul sdkt.
- panaskan pan dan letak sdkt mentega.
- tuangkan sdkt adunan td, ratakan memanjang agak2 utk sebiji roti hotdog td.
- letakkan pula sebiji roti hotdog diatasnya cepat2...
- biarkan telur tu masak, balikkan roti, grg lg sekejap dan angkat
- tabor sayuran yg telah dihiris td dan pipekan sos kegemaran
- yummy, sedap meleleh
Thursday, June 1, 2017
Bingka Pandan Joayee..
Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa semua..kuih ni dah lama Liza buat tapi baru sempat nk upload kat sini...almaklumlah bz bebenor
Kali ni Liza cuba resepi dr Joayee tp Liza CnP dr dapur K.Yati..terima kasih utk kedua2nya sbb resepi ni mmg patut dicuba, sedap n lemak
RESEPI BINGKA PANDAN JOAYEE
Bhn2
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
- 2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
- 2 sudu besar mentega- cairkan dan sejukkan
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telor
- 1/2 sudu teh garam
- pewarna hijau
- bijan
- Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati kecuali bijan.
- Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
- Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
- Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).
*(loyang 8x8inci, kalau guna acuan pecah 8-dpt 4 keping kuih)
Thursday, May 18, 2017
Quesadilla..
Quesadilla ni kalau tak silap Liza gabungan tortilla, sebarang filling dan cheese..pastu kita grill sampai cheese cair
QUESADILLA
Bhn2:
Tortilla secukupnya
Chicken meatloaf / filling lain - kukus kjp
Cheddar / mozzarella cheese
- ambil sekeping tortilla, letakkan sekeping chicken meatloaf dan tabor cheese
- tutup dgn sekeping lagi tortilla dan grill di atas api sederhan hingga cheese mencair
- angkat dan sedia di mkn
Tuesday, March 7, 2017
Donut Funwari / Water Roux...
Kali ni Liza cuba buat donut guna kaedah water roux...mmg lembut dan sedap...tq Ros Jintan Manis utk resepi yg marbeles ni..
DONUT FUNWARI / WATER ROUX
Bhn2:
400gram tepung roti
100gram tepung gandum
170ml air suam
1 biji telur
4 sudu besar water roux
40 gram shortening atau marjerin @ butter
30 gram susu tepung
4 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar olive oil@minyak masak
1 sudu kecil garam
6gram yis
serbuk gula untuk salutan pada donut
Water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
Cara membuat water roux
- masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
- Mula-mula buat water roux,setelah water roux sejuk atau suam, boleh terus membuat doh donut, Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, jika guna marjerin atau pun mentega yang ade garam, masukkan akhir sekali, iaitu setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli hingga lembut dan licin. Masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit, kemudian uli lagi beberapa minit, setelah permukaan doh agak licin, perap doh selama 40 minit atau sehingga doh menjadi 2 kali ganda.
- Kaedah 2 penggunaan Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan seterusnya boleh ikut langkah di bawah.
- Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian ( bebola kecil), biarkan selama 7 atau 8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang di sukai, bentuk donut biasa, pintal ataupun anyaman tocang, ikutlah tahap kerajinan dan kreativiti masing-masing ya.
- Alas dulang dengan tepung atau pun gunaka kertas minyak, susun donut yang siap dibentuk dan biarkan naik dua kali ganda sebelum digoreng, panaskan minyak dan goreng sehingga ke emasan, gunakan api yang tidak terlalu besar yang, api sederhana lah, jangan guna api kecik sangat, nanti donut meresap minyak, pandai-pandai lah adjust api gas tu, angkat dan biarkan sebentar, setelah beberapa minit baru di salut dengan serbuk gula. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat Mencuba.
- Jika mahu difrozenkan.
- - goreng donut separuh masak, iaitu warna donut seakan-akan perang sedikit sahaja, angkat dan sejukkan, baru disimpan dalam peti sejuk, kiranya kedua-dua belah donut tu kita goreng kejap jelah...nanti nak makan, goreng balik dalam kuali kejap je....simpan dalam plastic macam yang plastik ziploc tu.
Friday, January 27, 2017
Kuih Bingka Pandan....
Kuih yg selaluuuuu sgt Liza buat sbb senang n sedap...hihii
RESEPI BINGKA PANDAN
Bhn2:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan
- 1 cawan susu cair (sejat)
- 3 biji telur
- Sedikit pewarna hijau
- Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.
Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
Satu adunan ni dapat 3 bekas bahulu kemboja tu ye..
Subscribe to:
Posts (Atom)